BENGKEL “CRYSTAL WORKSHOP FOR BEGINNERS” PERKENAL PERISIAN PENENTUAN STRUKTUR MOLEKUL | FAKULTI SAINS
» BERITA » BENGKEL “CRYSTAL WORKSHOP FOR BEGINNERS” PERKENAL PERISIAN PENENTUAN STRUKTUR MOLEKUL

BENGKEL “CRYSTAL WORKSHOP FOR BEGINNERS” PERKENAL PERISIAN PENENTUAN STRUKTUR MOLEKUL

 

Oleh: Dr Mohamed Ibrahim Mohamed Tahir

Serdang- Jabatan Kimia, UPM telah menganjurkan satu bengkel bertajuk CRYSTALS WORKSHOP FOR BEGINNERS: FROM DIFFRACTION DATA TO COMPLETE STRUCTURE SOLUTION pada 17-19 Februari 2020. Bengkel tiga hari ini berkaitan dengan pencirian and penentuan struktur molekul dari hablur tunggaL dan di dalam masa yang sama bertujuan untuk memperkenalkan servis pengumpulan data oleh mesin pembelaun sinar-X hablur tunggal yang didapati di Jabatan Kimia. Penceramah dari University of Oxford iaitu Prof. Madya Dr. Richard Cooper yang merupakan pakar kristalografi telah mengendalikan bengkel tersebut dengan bantuan fasilitator dari Jabatan Kimia. Peserta terdiri daripada golongan penyelidik dan pelajar siswazah dari UPM, UNITEN, USM dan UKM. Perserta telah didedahkan dengan perisian ‘CRYSTALS’, iaitu satu perisian percuma yang membolehkan struktur molekul ditentukan dari data yang diperolehi dari mesin pembelaun sinar-X hablur tunggal. Hasil dari maklum balas peserta berkemungkinan siri 2 bengkel ini bakal diadakan lagi pada tahun hadapan.

 

Tarikh Input: 25/02/2020 | Kemaskini: 25/02/2020 | nashrin

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXEURAV~