BENGKEL STEM AR BANTU GURU SELESAI MASALAH DALAM PDP | FAKULTI SAINS
» BERITA » BENGKEL STEM AR BANTU GURU SELESAI MASALAH DALAM PDP

BENGKEL STEM AR BANTU GURU SELESAI MASALAH DALAM PDP



Putrajaya - Seramai 43 orang guru-guru Sains dan Matematik dari sekolah-sekolah daerah Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang telah berjaya menamatkan bengkel STEM ACTION RESEARCH FOR STEM ENHANCEMENT FOR SCIENCE AND MATHEMATICS TEACHERS yang telah berlangsung sebanyak tiga siri bermula dari bulan Mac hingga September 2016.

Objektif penganjuran bengkel ini adalah:

  • Membina keupayaan guru dalam Action Research
  • Meningkatkan kemahiran melibatkan pelajar dalam proses pembelajaran bagi mencapai hasil pembelajaran yang disasarkan; dan
  • Melengkapkan guru dengan teknik dan kemahiran kretif yang diperlukan untukmenghasilkan output.



Action Research
dilakukan oleh guru untuk memahami pengajaran dan pelajar mereka sendiri. Matlamat Action Research adalah untuk menyiasat isu pilihan sendiri di dalam kelas mereka sendiri yang boleh membawa kepada perubahan positif dalam bilik darjah dan sekolah, menawarkan pembangunan profesional dan penambahbaikan yang berterusan, menyediakan peluang untuk bekerjasama dengan rakan-rakan dan mewujudkan peluang untuk merenung amalan guru sendiri. Action research adalah berbeza dengan penyelidikan yang dijalankan oleh para akademik di universiti. Penyelidik Action Research lebih menekankan untuk mendapat pengetahuan yang boleh digunakan secara langsung dalam konteks pengajaran guru sendiri.


Secara asasnya para penyelidik Action Research perlu mengenal pasti masalah atau soalan penyelidikan, merancang penyelidikan,  mengumpul dan menyusun data, menganalisis data serta membuat tafsiran, renungkan proses dan apa yang anda pelajari, kongsi penemuan serta mengambil tindakan dan ulangi kitaran dengan soalan baru atau masalah yang dijumpai dalam penyelidikan.

Bengkel ini adalah anjuran bersama Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi (JPT,KPT) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang menyediakan pensyarah pembimbing dan fasilitator.


Tarikh Input: | Kemaskini: | hajaralias

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXDcUAA~