Dekan Sampaikan Amanat Kepada Staf Kumpulan Pelaksana Dan Staf Kumpulan Pengurusan & Profesional (Bukan Akademik) | FAKULTI SAINS
» BERITA » Dekan Sampaikan Amanat Kepada Staf Kumpulan Pelaksana dan Staf Kumpulan Pengurusan & Profesional (Bukan Akademik)

Dekan Sampaikan Amanat Kepada Staf Kumpulan Pelaksana dan Staf Kumpulan Pengurusan & Profesional (Bukan Akademik)

Pandemik COVID-19 menarik perilaku rakyat daripada sifat kebiasaan kepada normal baharu yang mungkin agak sukar pada awalnya, tetepi telah menjadi amalan biasa kini.

Begitu juga dengan amalan perjumpaan yang selama ini dijalankan secara fizikal telah berubah kepada penyesuaian dan mengadaptasi normal baharu (secara maya) bagi mencegah penularan dan jangkitan Covid-19 serta penyakit lain bagi menjadikan kita lebih sihat dan tidak terdedah kepada penyakit berjangkit.

 

 

Seiring dengan amalan normal baharu ini, satu perjumpaan  buat julung kalinya diadakan secara maya antara Dekan Fakulti Sains, UPM Prof. Dr. Mohd Basyaruddin Abdul Rahman dengan  staf pelaksana dan staf pengurusan (bukan akademik) yang telah diadakan pada 3 Mac 2021 menggunakan platform Google Meet.

Seramai 80 orang staf telah bersama-sama secara maya menghadiri perjumpaan ini bagi mendengar amanat Dekan mengenai halatuju Fakulti tahun 2021, cabaran budaya kerja normal baharu serta berkongsi maklumat, matlamat dan pencapaian Fakulti Sains. Di samping itu staf pelaksana juga dapat berintraksi dan mengajukan pertanyaan kepada Dekan mengenai permasalahan makmal, kekurangan staf pelaksana makmal dan sebagainya.

Turut sama dalam perjumpaaan secara maya ini adalah Timbalan-Timbalan Dekan dan semua Ketua-Ketua Jabatan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 18/03/2021 | Kemaskini: 18/03/2021 | nashrin

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXEYLAq~