FSC2017 Capai Hasrat Penganjur | FAKULTI SAINS
» BERITA » FSC2017 Capai Hasrat Penganjur

FSC2017 Capai Hasrat Penganjur

Berita dan Foto: Sabri Omar

Fundamental Science Congress (FSC2017) telah berlangsung dengan jayanya pada 21-22 November 2017 di Auditorium Bangunan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UPM. FSC merupakan acara  tahunan Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia adalah penganjuran kali ke sembilan  pada tahun ini semenjak edisi pertama pada tahun 2009.

Dengan tema ‘Emerging Themes In Fundamental And Applied Science’ penganjuran kali ini berjaya menarik penyertaan seramai 260 orang peserta yang terdiri daripada pegawai akademik, penyelidik dan pelajar ijazah lanjutan dari IPTA/IPTS seluruh Malaysia dan juga dua peserta antarabangsa dari Nigeria.

Membicarakan pelbagai displin sains dalam ilmu biologi, kimia, fizik dan matematik, FSC2017 berjaya menggabungkan ilmu, teknologi, idea dan inovasi para peserta seminar untuk melonjakkan budaya penyelidikan dan penerbitan dalan bidang sains. Di samping itu FSC juga menjadi penyumbang berterusan kepada UPM untuk kekal sebagai salah sebuah universiti penyelidikan di Malaysia.

Majlis perasmian dan penutupan FSC2017 telah disempurnakan oleh Dekan Fakulti Sains, Prof. Dr. Mohd Basyaruddin Abdul Rahman. Turut hadir adalah Pengerusi FSC2017 Prof. Dr. Japar Sidik Bujang dan Pengurusan Fakulti Sains.Untuk makluman,‘host’ penganjuran FSC2017 tahun ini ialah Jabatan Biologi.

Tarikh Input: 27/11/2017 | Kemaskini: 27/11/2017 | nashrin

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXDdCAD~