Jerayawara Pusat Hubungan & Jaringan Industri (CiRNeT) | FAKULTI SAINS
» BERITA » Jerayawara Pusat Hubungan & Jaringan Industri (CiRNeT)

Jerayawara Pusat Hubungan & Jaringan Industri (CiRNeT)

 

Oleh : En. Syafiq Hariz Mohd Hanafiah

SERDANG -Fakulti Sains mengambil inisiatif dengan mengadakan siri kelima perkongsian ilmu bersama pasukan daripada CiRNeT dengan memberikan perkongsian berkaitan inisiatif kepada barisan staf di UPM. Pada kali ini, perkongsian yang disampaikan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Amir Syahir Amir Hamzah adalah memberi fokus kepada insentif yang boleh dibawa oleh staf di Fakulti Sains ke dalam UPM bagi pelaksanaan aktiviti penyelidikan atau aktiviti pelajar. Seramai 55 orang staf yang hadir untuk mendengar perkongsian ini secara fizikal dan dalam talian.

 

Perkongsian ini juga memberi gambaran bahawa pembangunan masyarakat dan negara adalah secara kolektif tanpa mengira latar belakang. Perkongsian ini sedikit sebanyak memberi ruang dan peluang kepada semua warga Fakulti Sains untuk memahami cara bagi melaksanakan sesebuah projek. Di samping perkongsian berkaitan inisiatif, pejabat CiRNeT juga membantu dalam menjawab persoalan mengenai sistem Hi-Staff dan fungsinya.

 

 

Diharapkan dengan perkongsian ini dapat membantu warga fakulti dalam mengenali dan memahami inisiatif daripada pejabat CiRNeT dengan lebih baik selain perkongsian cadangan tambah baik untuk memacu pendidikan dan pembangunan UPM yang lebih cemerlang.

                           

 

 

 

 

Tarikh Input: 22/09/2022 | Kemaskini: 22/09/2022 | nashrin

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXETSAI~