KOPI@SCi Bersama Bursar UPM | FAKULTI SAINS
» BERITA » KOPI@SCi bersama Bursar UPM

KOPI@SCi bersama Bursar UPM

Oleh: Syafiq Hariz Mohd Hanafiah

SERDANG -Fakulti Sains mengambil inisiatif dengan mengadakan siri keempat perkongsian ilmu dengan menjemput Hajah Izariahwati Mad Isa, Bursar UPM atas tujuan memberi kefahaman tadbir urus kewangan dan belanjawan. Kopi@Sci pada kali ini telah dihadiri oleh barisan ahli pengurusan Fakulti Sains dan dari Pejabat Bursar dihadiri oleh Ketua-Ketua Bahagian.

 

Barisan panel adalah terdiri daripada Hajah Izariahwati Mad Isa, Bursar UPM, Prof. Dr. ChM Dr. Mohd Basyaruddin Abdul Rahman, Dekan Fakulti Sains dan moderator adalah En. Syafiq Hariz Mohd Hanafiah, Penolong Pendaftar Fakulti Sains. Sesi kali ini dihidangkan dengan sarapan dan kopi sebagai simbolik kepada perbincangan.

 

Dihadiri oleh 30 orang peserta, program ini dilihat sebagai salah satu batu loncatan untuk merapatkan ukhuwah dan kefahaman mengenai struktur kewangan antara Pusat Tanggungjawab. Banyak perkara yang dibincangkan seperti pengurusan, penggunaan dan pembahagian kewangan. Sesi berakhir pada jam 12.00 tengahari dengan sesi soal jawab.

 

Diharapkan dengan perkongsian ini dapat membantu warga fakulti dalam mengenali dan memahami proses kewangan dengan lebih baik selain perkongsian cadangan tambah baik untuk memacu urus tadbir kewangan UPM yang lebih cemerlang.

Tarikh Input: 25/08/2022 | Kemaskini: 25/08/2022 | nashrin

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXDcUAm~