Lantikan Baharu Timbalan Dekan (Penyelidikan & Pengajian Siswazah) Fakulti Sains | FAKULTI SAINS
» BERITA » Lantikan Baharu Timbalan Dekan (Penyelidikan & Pengajian Siswazah) Fakulti Sains

Lantikan Baharu Timbalan Dekan (Penyelidikan & Pengajian Siswazah) Fakulti Sains

Naib Canselor UPM di bawah seksyen 24 (4) Perlembagaan Universiti Putra Malaysia telah melantik Profesor Dr. Zanariah Abd Majid dari Jabatan Matematik sebagai Timbalan Dekan (Penyelidikan & Pengajian Siswazah) Fakulti Sains untuk tempoh (3) tiga tahun bermula 1 Disember 2017 hingga 30 November 2020.

Profesor Dr. Zanariah Abd Majid memulakan kerjaya di UPM sebagai Pensyarah di Jabatan Matematik Fakulti Sains mulai tahun 2007. Beliau berkelulusan BA (Macalester Collage USA), MA (Eastern Michigan University USA) dan PhD (Universiti Putra Malaysia).

Bidang kepakaran beliau adalah Analisis Berangka (Numerical Analysis) dan beliau sebelum ini adalah Ketua Laboratori Sains Berkomputasi dan Fizik Bermatematik, Institut Penyelidikan Matemetik (INSPEM) UPM.

Warga Fakulti merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan ini.

Tarikh Input: 05/12/2017 | Kemaskini: 05/12/2017 | hajaralias

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXDcTAK~