Lawatan Kolej Matrikulasi Kedah Ke Jabatan Matematik,Fakulti Sains | FAKULTI SAINS
» BERITA » Lawatan Kolej Matrikulasi Kedah ke Jabatan Matematik,Fakulti Sains

Lawatan Kolej Matrikulasi Kedah ke Jabatan Matematik,Fakulti Sains

Jabatan Matematik Terima Kunjungan  Kolej Matrikulasi Kedah (KMK)

 

Jabatan Matematik Fakulti Sains UPM Serdang menerima kunjungan 117 pelajar dan 6 orang pensyarah Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) dalam rangka lawatan sambil belajar mereka pada 7 September 2018. Mereka di ketuai oleh En. Aiman Fikri yang merupakan Ketua Unit Matematik Kolej Metrikulasi Kedah.

 

 

Lawatan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan terhadap suasana pembelajaran di Universiti Putra Malaysia terutama kursus-kursus yang ditawarkan di Jabatan Matematik Fakulti Sains. Disamping itu pendedahan terhadap peluang kerjaya lepasan program matematik dan statistik dan perkembangan silibus berkaitan Program Matematik di UPM juga di bicarakan.

 

 

Taklimat dan penerangan telah disampaikan oleh Ketua Jabatan Matematik Prof. Madya Dr. Zarina Bibi Ibrahim berkenaan Universiti/Fakulti dan program Matematik. Sementara bicara statistik telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Jayanti Arasan, pakar dalam bidang statistik di UPM. Pelawat juga berpeluang mendengar ceramah berkenaan Falasafah dan Sejarah Matematik yang di sampaikan oleh Dr. Sharifah Kartini Said Husain.

 

Berita/Foto Oleh: Sabri Omar

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 19/09/2018 | Kemaskini: 19/09/2018 | nashrin

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXEUDAJ~