MAGC 2017 : Rai Graduan Cemerlang Fakulti Sains | FAKULTI SAINS
» BERITA » MAGC 2017 : Rai Graduan Cemerlang Fakulti Sains

MAGC 2017 : Rai Graduan Cemerlang Fakulti Sains

Bagi menghargai dan meraikan para graduan cemerlang Fakulti Sains, sebanyak 42 kategori hadiah telah disediakan pada Majlis Anugerah Graduan Cemerlang Fakulti Sains 2017 bagi menghargai kecemerlangan mereka dalam bidang akademik, penyelidikan, kokurikulum dan kepimpinan sempena Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia ke-41 pada tahun ini.

 

Dari 42 kategori hadiah, 11 adalah anugerah utama peringkat fakulti bagi graduan pra siswazah dan 2 anugerah utama pingat emas dekan bagi graduan cemerlang siswazah lanjutan doktor falsafah (PhD) dan ijazah sarjana.  Di samping itu hadiah-hadiah lain adalah di peringkat jabatan-jabatan.

Anugerah Pingat Emas Dekan bagi Doktor Falsafah (PhD) dimenangi oleh Nur Syazwani Osman (Kimia Pemangkinan) sementara Pingat Emas Dekan peringkat ijazah sarjana oleh Musa Makiyyu Abdullahi (Fizik Sinaran Gunaan).

 

Anugerah akademik terbaik peringkat Fakulti dimenangi oleh Sim Ying Run (Jabatan Kimia), Anugerah Projek Ilmiah Terbaik Lee Shun Min (Jabatan Kimia), Anugerah Kokurikulum oleh Muhammad Safwan Zaini (Jabatan Fizik) dan Anugerah Kepimpinan oleh Shatesh Kumar Sangar.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dekan Fakulti Sains Prof. Dr. Mohd. Basyaruddin Abdul Rahman berkenan menyampaikan anugerah kepada pemenang peringkat Fakulti sementara hadiah peringkat Jabatan disampaikan oleh Ketua Jabatan masing-masing.

Majlis MAGC 2017 tahun ini telah diadakan pada 3 November 2017 bertempat di Dewan OSH Universiti Putra Malaysia. Turut meraikan majlis ini adalah barisan pengurusan Fakulti, pegawai akademik dan ibu bapa pemenang.

Berita/Foto: Sabri Omar

Tarikh Input: 09/11/2017 | Kemaskini: 09/11/2017 | nashrin

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXDdKAz~