MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN , EKSA DAN HARI SUKAN PERINGKAT FAKULTI | FAKULTI SAINS
» BERITA » MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN , EKSA DAN HARI SUKAN PERINGKAT FAKULTI

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN , EKSA DAN HARI SUKAN PERINGKAT FAKULTI

SERDANG-Selaras dengan Bulan Kebangsaan, pembudayaan aktiviti Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dan Hari Sukan, Fakulti Sains UPM hari ini melancarkan ketiga-tiga program tersebut serentak bagi menyemarakkan lagi semangat patriotik, membudayakan ekosistem yang kondusif dan beriadah bagi kesihatan fizikal dan mental di dataran Jabatan Biologi, Fakulti Sains.

Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr. Basyaruddin bin Abd. Rahman, Dekan Fakulti Sains dan turut disertai oleh ahli pengurusan fakulti.

Dalam ucapannya, Dekan berharap warga fakulti akan sentiasa bersama dalam mendokong pelbagai aspirasi untuk keterlihatan Fakulti Sains umumnya dan UPM khasnya. Beliau menambah bahawa aktiviti pada hari ini mengimbau nostalgia pada masa dahulu dimana fakulti juga sangat aktif dalam penglibatan sukan di peringkat UPM.

Selain daripada itu, inisiatif Fakulti Sains melalui Pelan Tindakan Fakulti Sains 2020-2030 Untuk Mencapai Pelan Strategik UPM 2021-2025 seperti SCi-TIZEN, SCi-HEART, DNA@SCi dan lain-lain perlu dihayati bagi melahirkan warga fakulti yang holistik serta seimbang dari segi mental, fizikal dan spiritual.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan pada hari ini seperti deklamasi syair dan sajak, senamrobik dan juga penanaman pokok sebagai simbolik pelancaran EKSA peringkat Fakulti Sains.

Tarikh Input: 19/08/2022 | Kemaskini: 19/08/2022 | nashrin

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXEZLA0~