Murid PraSekolah Teruja Pelajari Konsep Sains | FAKULTI SAINS
» BERITA » Murid PraSekolah Teruja Pelajari Konsep Sains

Murid PraSekolah Teruja Pelajari Konsep Sains

Murid PraSekolah Teruja Pelajari Konsep Sains

Bagi menyuntik minat pelajar prasekolah mempelajari bidang sains dan teknologi, Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia (UPM) mengambil inisiatif menganjurkan ‘Science Exploration Day’ pada 26 Julai 2018 bagi memupuk minat dan pendedahan teori sains secara interaktif kepada pelajar prasekolah.

Pelajar prasekolah ini didedahkan kepada konsep sains dengan melakukan eksperimen ringkas yang mana mereka dapat memahami kejadian dalam kehidupan seharian dan dapat mengunakan istilah sains untuk menerangkanya. Disamping itu juga program ini juga dapat membantu membangunkan kemahiran pelajar prasekolah seperti koordinasi dan ketepatan.

Seramai 85 pelajar prasekolah dari Tadika Cahaya Ceria (Qdees) 16 Sierra, Puchong Selangor menyertai program setengah hari ini yang mana mereka didedahkan kepada konsep sains asas kimia, fizik dan biologi dengan mengadakan permainan dan eksperimen sains. Lawatan ke Muzium Biologi, Fakulti Sains menambahkan lagi keterujaan mereka terhadap konsep sains kepada mereka yang menyertai program ini.

 

Adalah diharapkan apabila pelajar ini memasuki alam persekolahan sebenar dan seterusnya peringkat pengajian tinggi, minat terhadap bidang sains telah terpahat diminda mereka.

 

Berita/Foto: Sabri Omar

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 26/09/2018 | Kemaskini: 26/09/2018 | nashrin

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXDdTAo~