Prof. Dr. Zainal Abidin Talib Penerima Anugerah Golden Globe Tigers Award 2018 | FAKULTI SAINS
» BERITA » Prof. Dr. Zainal Abidin Talib penerima Anugerah Golden Globe Tigers Award 2018

Prof. Dr. Zainal Abidin Talib penerima Anugerah Golden Globe Tigers Award 2018

Profesor Fakulti Sains UPM Menang Anugerah

Fakulti Sains UPM sekali lagi menerima pengiktirafan  apabila seorang pegawai akademik Prof. Dr. Zainal Abidin Talib, Profesor bidang Fizik telah dianugerahkan The Golden Globe Tigers Award 2018 kategori ‘Education Leadership – The Best Professor In Science’ dalam satu majlis anugerah yang dilangsungkan di Hotel Pullman, Kuala Lumpur pada 23 April 2018.

                                                                     

Majlis yang dianjurkan bersempena Malaysia Best Employer Brand Award 2018 oleh Malaysia Institute of Human Resource Management (MIHRM) memberi pengiktirafan kepada individu dan syarikat yang berjaya dalam bidang masing-masing.

Dr. Zainal Abidin Talib merupakan Profesor dalam bidang Fizik Bahan di Fakulti Sains UPM aktif melakukan aktiviti pembangunan dan penyelidikan (R&D) dan telah menerima lebih 20 geran penyelidikan dari institusi kerajaan dan swasta. Beliau juga telah mengarang dan menjadi penulis bersama lebih daripada 150 artikel dalam pelbagai jurnal antarabangsa yang berimpak tinggi. Beliau juga kini adalah Ketua Editor Teknikal untuk Jurnal Sains dan Teknologi Keadaan Pepejal Malaysia.

Berita/foto oleh Sabri Omar

 

Tarikh Input: 24/04/2018 | Kemaskini: 24/04/2018 | nashrin

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXDdDAq~