Terokai Sains : Fakulti Sains Suntik Minat Murid PraSekolah | FAKULTI SAINS
» BERITA » Terokai Sains : Fakulti Sains Suntik Minat Murid PraSekolah

Terokai Sains : Fakulti Sains Suntik Minat Murid PraSekolah

Menyedari perlunya memberi pendedahan awal tentang ilmu sains dan kewujudanya dalam kehidupan seharian kepada kanak-kanak prasekolah, Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengambil inisiatif menganjurkan Science Exploration Day pada 6 Ogos 2019.

Penganjuran program kali ketiga ini telah menarik minat penyertaan 192 kanak-kanak prasekolah dari rangkaian tadika Q-Dees Bandar Puteri Puchong, Q-Dees Bandar Bukit Puchong dan Q-Dees 16 Sierra Puchong.

Peserta dibahagikan kepada sembilan kumpulan kecil serta kaedah penyampaian yang menyeronokkan dan interaktif, di mana kanak-kanak prasekolah ini boleh melihat, memegang, merasai semua yang terdapat unsur sains yang melibatkan tindakbalas (kimia), pergerakan (fizik), benda hidup (biologi), robotik dan lego boleh membangunkan kemahiran berfikir mereka seperti koordinasi, ketepatan serta memupuk sifat ingin tahu dan berfikiran terbuka.

Pengarah program Science Exploration Day Dr. Haslina Ahmad berkata, walaupun kanak-kanak prasekolah ini belum memahami sebenarnya ilmu sains tetapi apabila mereka dapat merasai dan melihat sendiri kewujudan fenomena sains dalam kehidupan seharian, kanak-kanak begitu teruja dan berminat untuk tahu dan berfikir sebab sesuatu berlaku terutama yang di sekeliling mereka. Ini akan membolehkan mereka meminati pembelajaran sains apabila memasuki alam persekolahan sebenar.

Berita/Foto: Sabri Omar

 

Tarikh Input: 08/08/2019 | Kemaskini: 08/08/2019 | nashrin

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXEXSAg~