| Utama | Akademik | Sistem Akademik | ||||||||||
| Sistem Akademik | ||||||||||
Universiti Putra Malaysia telah mengamalkan sistem semester sejak penubuhannya. Setiap sesi pengajian mempunyai dua semester iaitu Semester Pertama kemudian diikuti dengan Semester Kedua. Setiap semester pula mempunyai 14 minggu pengajian. Pelajar perlu mendaftar beberapa kursus pengajiannya di antara 12-18 kredit setiap semester. Hampir kesemua kursus yang didaftar akan dinilai secara berterusan termasuk menduduki peperiksaan akhir. Objektif Program Objektif program pengajian di Fakulti Sains adalah untuk memberi latihan akademik dan profesional dalam disiplin yang tersebut di atas untuk memenuhi keperluan negara. Struktur Kurikulum Kurikulum program di Fakulti berkonsepkan latihan yang komprehensif bukan sahaja di peringkat major, malah mengandungi komponen tambahan bagi membolehkan pelajar menceburi bidang yang lain. Graduan ini lebih bersedia untuk menghadapi alam pekerjaan atau meneruskan pengajian pada peringkat yang lebih tinggi. Untuk memenuhi keperluan ini, program di Fakulti telah memasukkan kursus kemahiran komunikasi, bahasa Inggeris, komputer, kenegaraan Malaysia, Tamadun Islam, Tamadun Asia dan Pengurusan di samping kursus teras pada di dalam komponen major. Komponen kursus teras pula mengandungi kursus asas untuk memastikan pelajar mempunyai asas yang kuat sebelum mendalami sesuatu bidang. Di samping kursus universiti dan teras pelajar juga diperuntukkan 21 - 27 kredit bagi kursus elektif. Pelajar mempunyai kebebasan penuh untuk menggunakan kredit elektif. Mereka boleh menggunakan kredit elektif ini untuk mengambil mana-mana kursus yang ditawarkan oleh Jabatan di mana pelajar mendaftar untuk kursus teras, atau Jabatan lain di Fakulti Sains, atau pun kursus dari fakulti lain sebagai contoh major Matematik minor Pengurusan. Pendekatan ini akan membolehkan graduan lebih fleksibel dalam memilih kerjaya mereka. Bacelor Sains dengan Pendidikan (Kepujian) tidak mempunyai kursus Elektif. Sebaliknya komponen tersebut diganti (sebanyak 36 - 39 kredit) diperuntukkan untuk Kursus Pendidikan. Skema Pengajian Perancangan skema pengajian adalah penting dan perlu diselaraskan dengan matlamat pendidikan di Universiti. Diantara faktor yang perlu diambilkira dalam perancangan skema pengajian adalah berikut: - Pemilihan Kursus Kombinasi kursus yang dipilih hendaklah tidak membebankan dan bersesuaian dengan jadual waktu. Lazimnya bilangan kursus dalam sesuatu semester adalah tidak melebihi 6 kursus dan jam kontak tidak melebihi 26 jam seminggu. - Beban Kredit Sesemester Pelajar dikehendaki mendaftar sekurang - kurangnya 12 kredit sesemester (tidak termasuk kursus audit) dan tidak melebihi 18 kredit (termasuk kursus audit dan kemahiran Bahasa). Dalam keadaan khas beban kredit maksimum boleh dinaikkan dengan kebenaran PA dan kelulusan Dekan Fakulti. - Kursus Pemulihan Program Bacelor Calon kemasukan khas, misalnya calon pemegang diploma diperlukan mengikuti kursus sains asas yang tidak melebihi 6 kredit. Bilangan kredit ini adalah tambahan kepada kredit minimum syarat bergraduat. - Pengecualian Kursus Sesuatu kursus itu boleh dikecualikan jika, transkrip pelajar itu membuktikan bahawa pelajar telah lulus kursus yang sama atau setara mengikut keperluan jabatan masing-masing. Pengecualian kursus adalah untuk mengiktiraf pencapaian lepas pelajar tanpa menjejaskan mutu pengajian. Pelajar yang ingin memohon pengecualian kursus hendaklah mengisi borang AK-4 untuk kelulusan. Jumlah maksimum tidak melebihi 30% daripada jam kredit untuk sesuatu program yang sedang diikuti. Pendaftaran Keperluan Pendaftaran Fakulti Setiap orang yang ditawarkan oleh Universiti untuk mengikut program pengajian peringkat diploma atau bacelor, dan menerima tawaran tersebut hendaklah mendaftarkan diri dengan Universiti Putra Malaysia mengikut cara yang ditetapkan oleh tawaran tersebut atau oleh Senat. Pelajar yang telah mendaftar dengan Universiti mengikut cara tersebut di atas, dikenali sebagai, pelajar Universiti Putra Malaysia dan nama pelajar tersebut disenaraikan dalam daftar pelajar Universiti sehinggalah pelajar tersebut berjaya menamatkan program pengajiannya dan sehinggalah Senat mengesahkan bahawa pelajar tersebut layak bergraduat atau sehingga atas sebab tertentu, pelajar tersebut hilang kelayakannya menjadi pelajar Universiti, mengikut mana yang terdahulu. Senat boleh, pada bila-bila masa, menamatkan pendaftaran pelajar sekiranya pelajar tersebut, atas sebab-sebab akademik yang ditentukan, tidak mampu meneruskan program pengajiannya. Nama pelajar tersebut secara automatik digugurkan daripada senarai daftar pelajar Universiti dan pelajar tersebut terhenti daripada menjadi pelajar Universiti. Universiti mengadakan, menyimpan, dan dari semasa ke semasa mengemaskinikan senarai daftar pelajar, dan semua Universiti Putra Malaysia. Seseorang yang telah menjadi pelajar Universiti diberi satu kata laluan untuk membolehkannya mengakses Sistem Maklumat Pelajar (SMP) bagi tujuan pendaftaran kursus pengajian dan tujuan lain yang dibenarkan oleh Universiti. Pendaftaran Berterusan Setiap pelajar yang telah mendaftar untuk program pengajian yang telah ditawarkan kepadanya hendaklah mendaftar secara berterusan dengan Universiti. Pelajar yang gagal mendaftar secara berterusan dengan Universiti akan terhenti daripada menjadi pelajar dan namanya akan tergugur daripada senarai daftar pelajar. Pendaftaran Kursus Setiap pelajar tertakluk pada peruntukan yang ditetapkan dalam Kaedah Penasihat Akademik (PA) 2003 atau syarat yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Universiti. Pelajar perlu membuat pendaftaran kursus bagi program pengajiannya dalam tempoh yang ditetapkan, bertujuan untuk penerusan pengajian dan pembelajarannya di Universiti pada semester berikutnya dan mengekalkan pendaftarannya secara berterusan. Setiap pelajar yang hendak membuat pendaftaran kursus hendaklah berbincang dengan Penasihat Akademiknya. Setelah mendapat persetujuan Penasihat Akademiknya pelajar boleh mendaftar kursus menggunakan Sistem maklumat Pelajar (SMP). Perubahan Pendaftaran Kursus Perubahan pendaftaran kursus meliputi tambah kursus dan gugur kursus. Tambah kursus boleh dibuat sehingga akhir minggu kedua semester berikutnya. Gugur kursus boleh dibuat sehingga akhir minggu ketujuh. Pendaftaran Kursus Lewat Pelajar yang lewat mendaftar (a) Pelajar yang hendak membuat pendaftaran kursus lewat sepanjang tempoh minggu pertama semester berikut bermula, hendaklah mendapatkan kelulusan Dekan Fakulti pelajar berkenaan sebelum membuat pendaftaran kursus lewat. (b) Pelajar yang hendak membuat pendaftaran kursus lewat selepas tamat minggu pertama semester berikut bermula, hendaklah selain mendapatkan kelulusan Dekan Fakulti pelajar tersebut, membuat bayaran denda pendaftaran kursus lewat sebanyak RM50.00 bagi setiap kursus pengajian yang ingin didaftarkan. Kesan Tidak Membuat Pendaftaran Kursus Pelajar yang tidak, gagal atau cuai membuat pendaftaran kursus dalam tempoh pendaftaran kursus, atau gagal membuat pendaftaran kursus lewat dalam tempoh yang ditetapkan oleh Kaedah PA 2003, atau gagal membuat perubahan kursus mengikut cara dan tempoh yang ditetapkan oleh Kaedah ini, adalah secara automatik terhalang daripada membuat apa-apa pendaftaran kursus atau perubahan kursus selepas itu. Kesan Halangan Automatik daripada Membuat Pendaftaran Kursus Pelajar yang telah terhalang secara automatik daripada membuat pendaftaran kursus adalah tidak mendaftar secara berterusan dengan Universiti dan pendaftarannya hendaklah terhenti, dan namanya tergugur daripada senarai pelajar Universiti. Rayuan Akibat Tidak Mendaftarkan Berterusan Pelajar yang pendaftarannya terhenti dan namanya tergugur daripada senarai daftar pelajar Universiti akibat daripada gagal mendaftar secara berterusan dengan Universiti, boleh merayu kepada Universiti untuk didaftarkan semula sebagai pelajar dan menyambung semula pengajiannya. Pembayaran Akibat Rayuan Setiap pelajar yang membuat rayuan kepada Universiti untuk didaftarkan semula sebagai pelajar Universiti hendaklah membuat pembayaran RM100.00 kepada Universiti. Penerusan Pengajian pada Semester Berikut Akibat Rayuan Dibenarkan Sekiranya Universiti membenarkan rayuan pelajar maka pelajar dibenarkan menerus pengajiannya pada semester berikut, dan bukan pada semester pendaftarannya terhenti dan tergugur daripada senarai daftar pelajar. Pendaftaran Kursus Pelajar Baru Pelajar baru dibenarkan membuat pendaftaran kursus mulai hari pertama minggu suaikenal hingga hari terakhir minggu kedua semester bermula tanpa bayaran denda. Slip Pendaftaran Pelajar boleh mendapatkan slip pendaftaran di Fakulti selepas minggu ketiga untuk pengesahan PA. Prasyarat Sesuatu Kursus Perlu Dipenuhi Sebelum Boleh Mendaftar Apabila mempunyai sesuatu kursus yang didaftar prasyarat, maka keperluan prasyarat itu hendaklah di penuhi terlebih dahulu. Pendaftaran Pelajar Berhutang Pelajar yang berhutang, atau yang belum menjelaskan yuran pengajiannya kepada Universiti bagi sesuatu semester, di halang daripada membuat pendaftaran kursus untuk semester berikutnya. Klasifikasi Pendaftaran Pelajar Pelajar di kelaskan berdasar kepada jumlah kredit yang telah diperolehi melalui pengecualian kursus, pindahan kredit dan jumlah kredit yang telah didaftar (tidak termasuk kredit yang akan didaftar). Klasifikasi pelajar adalah seperti berikut : IJAZAH
Contoh: Bagi pelajar baru program ijazah yang tiada mendapat pengecualian atau pindahan kredit akan didaftarkan sebagai bongsu. Pelajar baru yang mendapatkan penge- cualian 30 kredit akan didaftar sebagai pelajar kecil dan pelajar lama yang mendapat pengecualian 30 kredit dan telah mendaftar 30 kredit terdahulu akan didaftar sebagai pelajar muda. Penangguhan Pengajian Permohonan penangguhan pengajian bagi pelajar yang telah mendaftar hanya boleh dipertimbangkan sekira ianya dibuat sebelum minggu kedua pendaftaran. Penangguhan atas sebab kes perubatan yang diperakui dikecualikan dari peraturan ini. |