Matematik Gunaan | FAKULTI SAINS
» Matematik Gunaan

Matematik Gunaan

Tumpuan penyelidikan dalam bidang matematik gunaan adalah dinamik bendalir, mekanik rekahan, penyelidikan operasi, permainan pembezaan, pengoptimuman dan kestabilan dan kriptografi. Penyelidikan dalam dinamik bendalir memberi tumpuan kepada gerakan bendalir dengan aplikasi meluas dalam sains asas dan kejuruteraan. Tumpuan semasa adalah kestabilan aliran bendalir dan fenomena kecerunan tegangan permukaan. Manakala aktiviti-aktiviti penyelidikan dalam mekanik rekahan tertumpu pada masalah retak 2-D dan 3-D. Penyelesaian berangka bagi persamaan kamiran singular dan hipersingular yang muncul dalam masalah retak turut dibincangkan. Dalam bidang penyelidikan operasi, penumpuan penyelidikan meliputi bidang penyelesaian Masalah Pengoptimuman Kombinatorik (MPK) seperti masalah penskedulan mesin, masalah potongan dan pembungkusan, masalah peruntukan sumber, masalah jurujual kembara, dan masalah perjalanan kenderaan dengan menggunakan algoritma genetik. Permainan perbezaan mengaji masalah mengejar-pengelakan yang melibatkan banyak pemain. Sebaliknya, penyelidikan dalam kestabilan merangkumi penentuan domain tarikan bagi sistem tak berautonomi dan kestabilan sistem berkala dan sistem berubah masa munggunakan kaedah Lyapunov dan Zubov, sementara pengoptimuman  pula penyelidikan tertumpu ke atas pengoptimuman tak berkekangan berskala besar temasuk kaedah kecerunan, kemaskini quasi-Newton, kaedah pangkat satu berskala yang tentu positif dan simetri dan kemaskini ingatan terhad BFGS. Akhirnya, antara bidang kajian dalam kriptografi adalah pengujian keperdanaan, pemfaktoran integer besar, kriptografi berasaskan ‘lattice’,  kaedah saringan, kriptografi lenkung elliptik dan masalah logaritma diskrit.

Kemaskini:: 28/04/2017 []

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXDdXAo~