FIZIK GUNAAN | FAKULTI SAINS
» FIZIK GUNAAN

FIZIK GUNAAN

FIZIK GUNAAN

Bidang kajian ini berkait dengan penggunaan prinsip fizik untuk membangunkan teknologi penyelesaian inovatif untuk kegunaan industri, sainstifik dan perubatan. Kajian khusus dalam bidang ini termasuklah teori simulasi, dan insrumentasi rambatan gelombang dalam frekuensi gelombang mikro dengan tumpuan kepada pembangunan penderia  mikrogelombang untuk kegunaan pertanian. Terdapat juga kecenderungan untuk merekacipta dan menganalisa peranti pasif mikrogelombang yang melibatkan pemilihan bahan dan pencirian, rekacipta litar, fabrikasi dan pengujian peranti akhir.

Tumpuan lain termasuklah fabrikasi dan pencirian bahan fotonik dan penderia yang penting dalam komunikasi optik, dan kegunaan perubatan dan bio-fotonik. Kajian lain yang semakin menonjol termasuklah pembangunan, simulasi dan kajian analitikal terhadap sumber gentian laser di kawasan inframerah tengah (2000 nm hingga 3000 nm). Laser pada panjang gelombang ini memiliki aplikasi baru pada daerah selamat penglihatan seperti  komunikasi optik ruang-bebas, julat-carian laser, penderia optik bio-fotonik dan dalam ketenteraan.

Senarai Pakar

 

Prof. Madya. Dr. Zulkifly Abbas | Research Gate
Prof. Madya Dr. Yap Wing Fen | Research Gate 
Dr. Amirah Abdul Latif | Research Gate 
Dr. Farah Diana Muhammad | Research Gate  
Dr. Nizam Bin Tamchek | ORCID
Dr. Nurul Huda Osman | Research Gate 
Dr. Nor Kamilah Sa’at |Research Gate
Dr. Abdul Rahman Sarmani | Research Gate
Dr. Mohd Amiruddin Abd Rahman | Research Gate 

 

Kemaskini:: 30/08/2022 [mohdamir]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXDdQAu~