FIZIK | FAKULTI SAINS
» FIZIK

FIZIK

FIZIK

Aktiviti penyelidikan dalam bidang ini tertumpu kepada sifat asas bahan dan teknik eksperimen yang digunakan dalam bidang penyelidikan fizik jirim padat, molekul ke nuklear, fizik radiasi dan optik. Bidang penyelidikan utama ialah semikonduktor sebatian (semikonduktor III-V). Pertumbuhan epitaksi (MOCVD), pencirian dan proses elektronik dalam nanowayar semikonduktor III-V dan peranti yang berkaitan dengan teknologi nano, sifat fotovoltan dan aplikasi optoelekronik. Aktiviti penyelidikan lain memfokuskan kepada struktur nano karbon terutamanya nanotiub dan gentian nano grafit.  Tumpuan utama adalah kepada penyediaan dan pemprosesan bahan, sifat dan pencirian serta fungsi bahan. Selain itu tumpuan juga diberikan kepada salutan nano-stuktur menggunakan CVD, PVD, sol-gel dan penyediaan elektro-mangkin untuk sel bahan api.

Tumpuan lain ialah kepada analisa sedimen semulajadi dan antropogenik, analisa hasil semula jadi menggunakan instrumentasi analisis pengaktifan nuklear (INAA) serta sintesis dan pengubahsuaian polimer menggunakan radiasi gamma. Sub bidang seterusnya ialah fizik literasi, simulasi dan multimedia. Kajian ini menumpukan kepada proses pengajaran dan pembelajaran fizik dan pembangunan modul pembelajaran dan alatan visualisasi, simulasi serta rekacipta dan membangunkan eksperimen dan demonstrasi baharu untuk bidang fizik.

 

Senarai Pakar

 
Prof. Dr. Halimah Mohamed Kamari | Research Gate   
Prof. Madya Dr. Khamirul Amin Matori  | Research Gate
Prof. Madya Dr. Suriati Paiman | Research Gate
Prof Madya Dr. Che Azurahanim Che Abdullah | Research Gate
Dr. Md Shuhazlly Mamat | Research Gate
Dr. Yazid Yaakob | Research Gate
Dr. Josephine Liew Ying Chyi | Research Gate
Dr. Mazliana Ahmad Kamarudin | Research Gate 
Dr. Muhammad Khalis Abdul Karim | Research Gate
Dr. Mohd Hafiz Mohd Zaid | Research Gate

Kemaskini:: 30/08/2022 [mohdamir]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXDdOAL~