Postgraduate Programmes | FACULTY OF SCIENCE
» DEPARTMENT » Mathematics » Postgraduate Programmes

Postgraduate Programmes

Jabatan Matematik, Fakulti Sains menawarkan tiga program siswazah:
  • Doktor Falsafah
  • Master Sains
  • Master Statistik Gunaan

MASTER SAINS DAN DOKTOR FALSAFAH

Program-program Master Sains (M.S.) dan Doktor Falsafah (Ph.D.) dibentuk untuk memberi calon-calon latar belakang yang kukuh dalam sains asasi melalui kerja kursus dan kajian yang mendalam mengenai masalah penyelidikan yang spesifik. Bilangan kredit minimum untuk program Master Sains adalah 9 manakala untuk program Doktor Falsafah adalah 12. Seseorang calon untuk ijazah Master Sains atau Doktor Falsafah harus mengikuti satu kursus penyelidikan  dibawah penyeliaan seorang pegawai akademik di Fakulti. Calon harus membentangkan tesis dengan tajuk berkaitan dengan bidang penyelidikan beliau yang merangkumi keputusan-keputusan penyelidikan asli dan harus memberi bukti mengenai biasiswa berperingkat tinggi. 

MASTER STATISTIK GUNAAN

Master Statistik Gunaan ialah program siswazah berkredit sebanyak 42 kredit dengan kerja kursus. Program in menghasilkan pelajar dengan pengetahuan lanjutan dan kepakaran profesional melalui kerja kursus yang diikuti beserta aplikasi. Ianya mendedahkan pelajar kepada pembaharuan terkini di dalam bidang Statistik Gunaan.  Tujuan program ini ialah bagi melahirkan graduan yang berpengetahuan dan berskil dalam pelbagai bidang statistik dan juga menawarkan peluang melanjutkan pelajaran dan pembangunan kerjaya di dalam bidang statistik. 

Program ini menawarkan kurikulum yang memberikan pendekatan seimbang di antara latihan dan pendidikan statistik profesional. Kursus yang ditawarkan tidak sahaja meliputi pelbagai bidang statistik gunaan tetapi juga teori statistik yang menyediakan pelajar dengan pengetahuan tambahan di dalam statistik.   Graduan di dalam bidang  ini berpeluang di dalam bidang kerjaya seperti perancang pelan, pengurusan, penyelidikan, akademik dan bidang industry yang berkaitan. Pelajar Master Statistik Gunaan mungkin boleh menamatkan program pengajiaan dalam jangkamasa terpendek iaitu selama tiga semester dan maksimum adalah tiga tahun (enam semester).

Maklumat Lanjut

Updated:: 06/06/2017 [nashrin]

MEDIA SHARING

FACULTY OF SCIENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389466601
0389432508
C1506215825