ENTITI KAMI | FAKULTI SAINS
» ENTITI KAMI » Pengenalan

Pengenalan

Kebanyakan pemahaman mengenai dunia ini adalah berdasarkan kepada bidang kimia. Kimia adalah pusat kepada semua bidang sains seperti biologi, sains bahan, sains alam sekitar, perubatan, farmakologi dan fizik. Kimia secara dasarnya dibahagikan kepada kimia tak organik, kimia organik, kimia fizik dan kimia analisis. Kepelbagaian bidang ini digambarkan dalam penyelidikan yang dijalankan di jabatan ini. Jabatan ini adalah salah satu jabatan yang terbesar dan antara yang paling aktif di Universiti. Hampir satu pertiga daripada kakitangan akademik telah dilantik dalam sepuluh tahun yang lepas dan lebih 10 profesor telah dilantik sejak tahun 1990. Kakitangan lama dan baharu telah menambah kepakaran dalam bidang yang penting dari segi pengajaran dan penyelidikan semasa dalam ilmu kimia. Ini membolehkan jabatan menyediakan beberapa bidang penyelidikan baharu dan mengekalkan tahap pembiayaan penyelidikan yang tinggi dengan konsisten dengan bilangan pelajar siswazah yang ramai setiap tahun. Jabatan mempunyai bilangan kumpulan penyelidikan yang besar dan kukuh merangkumi pelbagai bidang kimia.

 

 

Kemaskini:: 05/07/2021 [naszroul]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXDdNAm~