21 Pelajar Universitas Mataram, Indonesia Jalani Program Mobiliti Inbound. | FACULTY OF SCIENCE
» NEWS » 21 Pelajar Universitas Mataram, Indonesia Jalani Program Mobiliti Inbound.

21 Pelajar Universitas Mataram, Indonesia Jalani Program Mobiliti Inbound.

Berita/Foto: Sabri Omar

Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia menerima kehadiran seramai 21 orang pelajar dari Fakultas Matematika dan Ilmu Pengatahuan Alam (FMIPA), Universitas Mataram Indonesia bagi menjalani latihan praktikal dibawah program mobiliti (inbound). Program ini akan berlangsung dari 21 Oktober hingga 2 November 2019 di Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia Serdang Selangor sementara bagi penginapan pula, semua pelajar mobiliti ini ditempatkan di Kolej Canselor UPM Serdang.

 

Seramai 20 orang pensyarah Fakulti Sains terlibat secara langsung dalam program ini  sebagai penyelia latihan praktikal kepada pelajar mobiliti yang terlibat. Mereka di agihkan mengikut bidang pengajian dan kepakaran pensyarah penyelia dalam bidang Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik.

Selain dari mendapat latihan akademik dalam bidang pengajian masing-masing di bilik kuliah, makmal dan kerja lapangan, pelajar ini juga didedahkan dengan kehidupan di kampus Universiti Putra Malaysia (UPM) terutama di kolej kediaman dimana pelajar menginap sepanjang program ini. Para siswa siswi Indonesia ini juga akan diperkenalkan dengan budaya dan tradisi Malaysia terutama pengetahuan dan silang budaya negara ini.  Disamping itu program ini dapat memperkenalkan Universiti Putra Malaysia sebagai salah satu universiti terbaik di Malaysia.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Majlis perasmian dan penyerahan pelajar mobiliti ini kepada pensyarah penyelia telah berlangsung pada 22 Oktober 2019 di Bilik Saintis Gemilang Fakulti Sains. Turut hadir adalah Prof. Dr.  Mohd Basyaruddin Abdul Rahman, Dekan Fakulti Sains UPM, Ibu Mamika Ujianita Romdhini, Wakil Dekan Bidang Umum dan Keuangan, Fakultas Matematika dan Ilmu Pengatahuan Alam (FMIPA) Universitas Mataram Indonesia, Prof.Dr.Japar Sidik Bujang, Penyelaras MOU dan Jaringan Antarabangsa Fakulti Sains UPM, Prof.Madya Dr. Nor Azwady Abd Aziz, Timbalan Dekan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar Fakulti Sains serta pensyarah Fakulti Sains.

 

Date of Input: 29/10/2019 | Updated: 29/10/2019 | nashrin

MEDIA SHARING

FACULTY OF SCIENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXDdFAv~