21 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LUAR BANDAR NEGERI SELANGOR SERTAI KEM MATEMATIK
Berita/foto oleh: Sabri Omar
Menyedari keperluan bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang matematik dan mengubah minda pelajar sekolah terhadap subjek tersebut yang dianggap susah dan membosankan, Fakulti Sains dan Pusat Asasi Sains Pertanian (ASPER) Universiti Putra Malaysia menganjurkan Program Pengukuhan dan Peningkatan Minat Matematik dikalangan pelajar sekolah menengah luar bandar negeri Selangor.
Program tiga hari yang bermula dari 4 Ogos 2017 hingga 6 Ogos 2017 turut mendapat sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) di sertai oleh 208 pelajar tingkatan dua dari 21 buah sekolah menengah luar bandar negeri Selangor.
Berbagai pengisian program seperti ceramah motivasi matematik, sukanika matematik, kuiz, cara belajar matematik, bengkel menjawab soalan di adakan bagi mengubah persepsi pelajar terhadap pelajaran matematik yang di anggap subjek yang sukar dipelajari dan membosankan.
Tenaga pengajar dan fasilitator adalah dikalangan pensyarah Jabatan Matematik Fakulti Sains, pensyarah ASPER dan mahasiswa Kelab Matematik UPM.
Majlis perasmian di sempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk P. Kamalanathan sementera majlis penutup oleh Dekan Fakulti Sains, Prof. Dr. Zainal Abidin Talib.
Date of Input: 11/08/2017 | Updated: 11/08/2017 | nashrin
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA