298 MAHASISWA/I BAHARU PROGRAM BACELOR FAKULTI SAINS MENDAFTAR BAGI SESI 2017/2018 | FACULTY OF SCIENCE
» NEWS » 298 MAHASISWA/I BAHARU PROGRAM BACELOR FAKULTI SAINS MENDAFTAR BAGI SESI 2017/2018

298 MAHASISWA/I BAHARU PROGRAM BACELOR FAKULTI SAINS MENDAFTAR BAGI SESI 2017/2018

 

298 MAHASISWA/I BAHARU PROGRAM BACELOR FAKULTI SAINS MENDAFTAR BAGI SESI 2017/2018

 

Berita/Foto Oleh : Sabri Omar

 

Fakulti Sains menerima kemasukan seramai 296 orang pelajar baharu program Bacelor  yang mula mendaftar sebagai mahasiswa/mahasiswi baharu bagi sesi 2017/2018. Dari jumlah tersebut seramai 293 orang adalah pelajar tempatan sementara 5 orang adalah pelajar antarabangsa yang akan memulakan pengajian sepenuh masa mulai semester pertama 2017/2018.

                                                  

 

Dari jumlah tersebut, pecahan jumlah mahasiswa/mahasiswi mengikut jabatan dan progam yang ditawarkan ialah 49 orang  (Bacelor Sains Kepujian Biologi), 31 orang (Bacelor Sains Kepujian Kimia), 35 orang (Bacelor Sains Kepujian Matematik), 40 orang (Bacelor Sains Kepujian Statistik), 25 orang (Bacelor Sains Kepujian Fizik), 26 orang (Bacelor Sains Kepujian Kimia Petroleum), 30 orang (Bacelor Sains Kepujian Kimia Perindustrian), 28 orang (Bacelor Sains Kepujian Sains Bahan), 29 orang (Bacelor Sains Kepujian Sains Instrumentasi).

 Mahasiswa/mahasiswi baharu ini akan memulakan sesi pembelajaran akademik mereka mulai 11 September 2017.

 Majlis Hari Penerangan peringkat Fakulti Sains sempena Minggu Perkasa Putra 2017 telah berlangsung dengan jayanya pada 7 September 2017 di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Abdul Aziz Shah, UPM Serdang.

 Taklimat mengenai fakulti, jabatan dan  pengurusan akademik telah disampaikan oleh Prof. Dr. Zainal Abidin Talib, Dekan Fakulti Sains dengan dibantu oleh Timbalan Dekan (Akademik dan HEP) Prof. Madya Dr. Nor Azwady Abd. Aziz, ketua-ketua jabatan dan penasihat akademik.

 

Date of Input: 08/09/2017 | Updated: 08/09/2017 | nashrin

MEDIA SHARING

FACULTY OF SCIENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXDTTA0~