35 MRSM Sertai Program Nobel Laureate Outreach Camp 2018 | FACULTY OF SCIENCE
» NEWS » 35 MRSM sertai program Nobel Laureate Outreach Camp 2018

35 MRSM sertai program Nobel Laureate Outreach Camp 2018

Masih mengekalkan tema “Scientist of Tomorrow” , seramai 192 pelajar tingkatan empat yang terpilih dari 35 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)  telah menyertai program Nobel Laureate’s Outreach Camp (NLOC 2018) kali ke-5 yang telah diadakan pada 27 – 30 Ogos 2018 bertempat di Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.

Program tahun ini yang merupakan penganjuran kali ke-5 dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Menengah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Fakulti Sains, Fakulti Pertanian, Fakulti Perhutanan dan Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat Universiti Putra Malaysia (UPM) bertujuan untuk memberikan pendedahaan baharu kepada para pelajar MRSM tentang keunikan ilmu sains dalam kehidupan seharian. Pelbagai cabang ilmu sains bakal dikupas oleh pakar ahli ilmuan sains secara lebih terperinci yang  merangkumi bidang biologi, fizik, kimia, matematik, pertanian dan sains teknologi maklumat.

Para pelajar MRSM akan didedahkan kepada ilmu sains yang istimewa dan sistematik, ilmu yang membina dan mempersembahkan ilmu pengetahuan dalam bentuk penjelasan yang boleh diuji dan membuat ramalan tentang alam semesta, ilmu yang berkait rapat dengan ilmu pengetahuan yang boleh menjelaskan sesuatu secara rasional dan boleh diaplikasi.

Disamping itu, pertandingan 3-minute science talk (3MIST) yang merupakan idea baharu penganjur diadakan bagi merangsang kebolehan pelajar MRSM dalam berkomunikasi, melontarkan idea dan berfikiran kritis.

Mengekalkan tema “Scientist of Tomorrow” pada penganjuran kali ini sememangnya sejajar dengan misi dan matlamat program NLOC 2018, iaitu untuk menambahkan pengkayaan bagi subjek Sains, Teknologi, Engineering, Matematik (STEM) yang amat diperlukan negara masa kini. Dengan pendedahan pelbagai aktiviti kemahiran untuk menjalankan penyelidikan sebenar di makmal serta lapangan dan dengan  skala yang lebih tinggi, STEM dapat membantu membangunkan kehidupan manusia untuk hidup dengan lebih selesa lagi. Program ini juga adalah satu usaha untuk membentuk pelajar yang berpotensi, mempunyai pelbagai kemahiran serta dapat membentuk ciri-ciri keperibadian dan perspektif hidup yang membolehkan mereka berjaya dalam kehidupan dan mampu memajukan lagi negara di mata dunia.

 

Tujuh peserta yang menampilkan kecemerlangan dalam program ini mengikut bidang masing-masing iaitu bidang biologi, fizik, kimia, matematik, pertanian, perhutanan dan sains teknologi maklumat dianugerahkan “Scientists of Tomorrow NLOC 2018” bagi mengiktiraf kecemerlangan mereka menyelesaikan tugasan yang diberi.

Majlis penutup NLOC 2018 serta penyampaian sijil dan penghargaan  di sempurnakan oleh Yang Berbahagia Prof. Emeritus Dato’ Abu Azam Md. Yassin, Ahli Majlis MARA yang turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UPM  Prof. Dr. Zulkifli Idrus, Dekan Fakulti Sains Prof. Dr. Mohd Basyaruddin Abdul Rahman.

Berita/Foto: Sabri Omar

 

Date of Input: 14/09/2018 | Updated: 14/09/2018 | nashrin

MEDIA SHARING

FACULTY OF SCIENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389466601
0389432508
C1537626983