61 Pelajar Jalani Latihan Industri Di Fakulti Sains,UPM | FACULTY OF SCIENCE
» NEWS » 61 Pelajar Jalani Latihan Industri Di Fakulti Sains,UPM

61 Pelajar Jalani Latihan Industri Di Fakulti Sains,UPM

Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia menerima kemasukan seramai 61 orang pelajar dari beberapa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi menjalani Latihan Industri (LI) sebagai salah satu prasyarat untuk tamat pengajian serta bergraduat. Latihan Industri ini akan berlangsung selama tiga bulan bermula Julai hingga September 2019.

Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT)yang akan menjalani latihan industri dalam bidang Kimia,Fizik,Biologi dan Matematik.

Majlis taklimat mengenai Fakulti Sains dan jabatan-jabatan di bawahnya telah diadakan pada 16 Julai 2019 telah disampaikan oleh En. Hisyamuddin Hashim, Ketua Penolong Pendaftar Fakulti Sains yang merupakan ketua pentadbiran Fakulti Sains. Pelajar juga diserahkan kepada penyelia masing-masing untuk menjalani latihan di makmal yang berkenaan selama tiga bulan ini.

Di samping itu satu kursus khas Lab Safety Course (LSC) telah diadakan pada 19 Julai 2019 bagi memberi kefahaman berkenaan penggunaan makmal dan keselamatan di makmal. Kursus khas ini disampaikan oleh En. Mohd Johadi Iskandar Che Jamil dan Pn. Norhaslinda Noruddin yang merupakan Pegawai Sains Jabatan Kimia dan Jabatan Fizik Fakulti Sains.

 

Date of Input: 29/07/2019 | Updated: 29/07/2019 | nashrin

MEDIA SHARING

FACULTY OF SCIENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXDdFAY~