Delegasi Nakhon Ratchasima Rajabhat Universiti Thailand Lawat Fakulti Sains UPM | FACULTY OF SCIENCE
» NEWS » Delegasi Nakhon Ratchasima Rajabhat Universiti Thailand Lawat Fakulti Sains UPM

Delegasi Nakhon Ratchasima Rajabhat Universiti Thailand Lawat Fakulti Sains UPM

 

Berita/foto oleh Sabri Omar

Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia menerima kunjungan delegasi dari Universiti Nakhon Ratchasima Rajabhat, Thailand pada 29 Mac 2019. Mereka terdiri dari 10 orang pegawai akademik dari Fakulti Sains dan Teknologi yang diketuai oleh Timbalan Dekan Akademik dan Antarabangsa universiti tersebut, Assist. Prof. Dr. Pattanapong.

Bagi pihak Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia, taklimat disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Khamirul Amin Matori, Timbalan Dekan Pembangunan dan Kewangan Fakulti Sains. Turuh hadir ialah Timbalan Dekan Akademik & Antarabangsa Prof. Madya Dr. Azwady Abd Aziz, Timbalan Dekan Penyelidikan & Pengajian Siswazah Prof Dr. Zanariah Abdul Majid dan pegawai akademik Jabatan Fizik.

Perbincangan adalah berkisar mengenai aktiviti staf dan pelajar, penyelidikan terkini,  kerjasama penyelidikan dan kerjasama penerbitan. Delegasi juga di bawa melawat makmal-makmal penyelidikan Jabatan Fizik.

 

 

Date of Input: 07/05/2019 | Updated: 07/05/2019 | nashrin

MEDIA SHARING

FACULTY OF SCIENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXDcSAt~