Faculty Of Science Received Visitors From University Of Hong Kong,China | FACULTY OF SCIENCE
» NEWS » Faculty of Science Received Visitors from University of Hong Kong,China

Faculty of Science Received Visitors from University of Hong Kong,China

Fakulti Sains Terima Kunjungan Delegasi Universiti Of Hong Kong, China

 

Berita/foto oleh Sabri Omar

Fakulti Sains sekali lagi menjadi destinasi pelawat antarabangsa. Kali ini seramai 5 orang delegasi yang terdiri daripada pentadbir dan pegawai akademik dari Kolej Sains, Universiti Hong Kong, China  mengunjungi Fakulti Sains, UPM pada 23 September 2019. Mereka diketuai oleh Prof. Dr. Raymond Chan, Dekan yang juga merangkap Profesor dalam bidang Matematik Unversiti Hong Kong, China.

 

 

Tujuan kunjungan adalah untuk membincangkan peluang kerjasama akademik di peringkat prasiswazah dan siswazah lanjutan dan penyelidikan terutama dalam bidang Matematik & Statistik, Biologi, Fizik dan Kimia. Di samping itu juga perbincangan berkenaan mobiliti dan pertukaran pelajar antara kedua buah universiti juga dibincangkan. Delegasi juga diberi taklimat mengenai sistem pengajaran dan pengurusan akademik di Universiti Putra Malaysia.

 

 

Taklimat bagi pihak fakulti disampaikan oleh Prof. Dr. Zanariah Abdul Majid, Timbalan Dekan (Penyelidikan & Pengajian Siswazah) Fakulti Sains UPM sementara Prof. Dr. Raymond Chan, Dekan Matematik mewakili Kolej Sains Universiti of Hong Kong China.

Hadir sama dalam perbincangan ini ialah Prof. Madya Dr. Khamirul Amin Matori, Timbalan Dekan (Pembangunan & Jaringan Masyarakat), Prof. Madya Dr. Azwady Abd. Aziz, Timbalan Dekan (Akademik & HEP), Ketua Jabatan Matematik, Ketua Jabatan Fizik, pensyarah Jabatan Kimia dan Matematik serta pelajar-pelajar siswazah Fakulti Sains.

 

 

Date of Input: 27/09/2019 | Updated: 01/10/2019 | nashrin

MEDIA SHARING

FACULTY OF SCIENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
C1601389667