Fakulti Sains Terima Kemasukan 448 Pelajar Baharu Prasiswazah | FACULTY OF SCIENCE
» NEWS » Fakulti Sains Terima Kemasukan 448 Pelajar Baharu Prasiswazah

Fakulti Sains Terima Kemasukan 448 Pelajar Baharu Prasiswazah

 

Fakulti Sains, UPM menerima kemasukan seramai 448 orang pelajar baharu bagi sesi pengajian prasiswazah semester 1 2018/2019. Jumlah tersebut adalah dari keseluruhan 3855 orang pelajar baharu yang mendaftar sebagai pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi sesi ini yang telah diadakan pada 1 dan 2 September 2018.

Bagi Fakulti Sains, jumlah 448 orang pelajar baharu ini akan mengikuti dua program pengajian akademik iaitu Bacelor Sains (Kepujian) - (BSK) dan Bacelor Sains Dengan Pendidikan (Kepujian)-(BSDP). Sembilan bidang pengajian Bacelor Sains (Kepujian) ditawarkan iaitu Biologi, Fizik, Sains Bahan, Sains Instrumentasi, Kimia, Kimia Perindustrian, Kimia Petroluem, Matematik dan Statistik. Sementara itu lima bidang pengajian Bacelor Sains Dengan Pendidikan (Kepujian) ditawarkan yang merangkumi bidang Biologi, Fizik, Kimia, Matematik dan Statistik. Bidang pengajian Statistik adalah program baharu yang mula ditawarkan oleh UPM mulai semester 2018/2019 ini.

Pecahan bilangan pelajar baharu mengikut jabatan ialah 79 orang bagi Jabatan Biologi, 112 orang Jabatan Fizik, 122 orang Jabatan Kimia dan 135 orang bagi Jabatan Matematik. Jumlah pelajar baharu ini menjadikan keseluruhan mahasiswa/mahasiswi Fakulti Sains berjumlah 1410 orang bagi semester ini.

Majlis hari penerangan dan suaikenal bagi pelajar baharu sempena Minggu Perkasa Putra UPM telah diadakan pada 3 September 2018  di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Abdul Aziz Shah (Dewan Besar) UPM. Mereka akan memulakan sesi kuliah dan pengajian bermula 12 September 2018.

Selamat menjadi ‘Family Science’ kepada semua mahasiswa/mahasiswi baharu Fakulti sains.

 

Berita/foto oleh Sabri Omar

 

Date of Input: 14/09/2018 | Updated: 14/09/2018 | nashrin

MEDIA SHARING

FACULTY OF SCIENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXDdDA1~