Fakulti Sains UPM Bantu Tingkat Kemahiran Sensorial Anak-Anak Pendidikan Khas. | FACULTY OF SCIENCE
» NEWS » Fakulti Sains UPM Bantu Tingkat Kemahiran Sensorial Anak-Anak Pendidikan Khas.

Fakulti Sains UPM Bantu Tingkat Kemahiran Sensorial Anak-Anak Pendidikan Khas.

Berita dan foto : Encik Sabri Omar

Bersempena dengan Program Minggu Pendidikan Khas, ‘Anak Istimewa Satu Anugerah’ Fakulti Sains dan UPMSTEM serta kerjasama dengan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Fakulti Kejuruteraan, Putra Edu Park dan Putra Science Park (PSP) telah diundang untuk mengadakan aktiviti hands-on slot karnival STREAM dan Magic Science Show di Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 2 (SKBB2) pada 23 April 2019.

Melalui modul UPMSTEM, seramai 78 anak-anak berkeperluan khas (MBK) dan lebih 1,600 murid tahap rendah aliran perdana menyertai aktiviti yang telah dirancang seperti fun with light, computer maze, augmented reality, vitual reality, computer happy hour, soil adventure, hydroclic arm, water power dan explorasi dunia embrio zebrafish.

Persembahan “Magic Science Show” oleh Prof. Dr. Sidek Abd Aziz dan Prof. Madya Dr. Yap Wing Fen dari Jabatan Fizik Fakulti Sains UPM yang mempersembahkan permainan silap mata berunsur sains menambah lagi keterujaan murid-murid sekolah ini.

Timbalan Pengerusi UPMSTEM, Prof Madya Dr. Suriati Paiman yang mengetuai program ini berkata sumbangan berilmu berbakti UPM ke arah pembangunan lestari dan modal insan dapat mendukung matlamat UPM untuk menjadi universiti tersohor.

Date of Input: 08/05/2019 | Updated: 08/05/2019 | nashrin

MEDIA SHARING

FACULTY OF SCIENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601
0389432508
C1563397349