Fakulti Sains UPM Meterai Kolaborasi Dengan Crest Nanosolutions Sdn. Bhd | FACULTY OF SCIENCE
» NEWS » Fakulti Sains UPM Meterai Kolaborasi Dengan Crest Nanosolutions Sdn. Bhd

Fakulti Sains UPM Meterai Kolaborasi Dengan Crest Nanosolutions Sdn. Bhd

Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia dengan Crest Nanosolution Sdn. Bhd telah  memeterai kolaborasi bagi menjalinkan satu makmal penyelidikan kerjasama yang dinamakan Makmal UPM-CREST.

Majlis menandatangani memorandum kolaborasi ini ini telah berlangsung pada 6 Mac 2019 di Bilik Tetamu, Canselori Putra UPM.

 

Hadir memeterai kolabrasi kerjasama ini ialah Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM dan En. Ethan Au Cun Mun, Pengarah Eksekutif Crest Nanosolution Sdn. Bhd dengan disaksikan oleh Prof. Dr. Mohd Basyaruddin Abdul Rahman, Dekan Fakulti Sains UPM dan En. David Lyn, Pengurus Besar Crest Nanosolution.

Makmal Penyelidikan UPM_CREST dengan perolehan alat Bruker Dimesion Edge Microscope terletak di Blok D Fakulti Sains 2 (FS2) telah diwujudkan bagi merealisasikan objektif kolaborasi ini. Diketuai oleh Prof. Dr. Zainal Abidin Talib dengan dibantu oleh Dr. Mohd Mustafa Awang Kechik (Pengurus Makmal) dan Dr. Yazid Yaakob (Pengurus Teknikal), Makmal UPM-CREST ini dijangka memperolehi Akreditasi Makmal MS17025 sebelum penghujung 2019.

Berita/foto oleh Sabri Omar

 

Date of Input: 15/03/2019 | Updated: 15/03/2019 | nashrin

MEDIA SHARING

FACULTY OF SCIENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
C1601388811