Inovasi Penghasilan Baja Organik : Fakulti Sains UPM Bantu SMK Laksamana, Kota Tinggi Johor | FACULTY OF SCIENCE
» NEWS » Inovasi Penghasilan Baja Organik : Fakulti Sains UPM Bantu SMK Laksamana, Kota Tinggi Johor

Inovasi Penghasilan Baja Organik : Fakulti Sains UPM Bantu SMK Laksamana, Kota Tinggi Johor

 

Berita/foto oleh Sabri Omar

Bagi merealisasikan projek inovasi sekolah, kumpulan inovasi Sekolah Menengah Kebangsaan Laksamana (SMK Laksamana) Kota Tinggi Johor telah menjalin kerjasama bagi mendapatkan  khidmat nasihat  serta kepakaran dengan Jabatan Kimia Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi menghasilkan Baja Organik yang bermutu dan mesra alam. Program in telah berlangsung dengan jayanya bermula dari 14 – 16 Ogos 2019 bertempat di Fakulti Sains 2 (FS2) Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, Selangor.

 Projek inovasi ini yang mendapat sokongan penuh daripada Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kota Tinggi, Tuan Hj. Ishak Ismail dan Pengetua SMK Laksamana, En. Samion Kassim disertai oleh 35 orang pelajar tingkatan 4-6 dan guru diketuai oleh Puan Nor Azizah Basiron, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Laksamana.

Sepanjang berada di UPM, para pelajar dan guru-guru diberi bimbingan dan  tunjuk ajar oleh Dr. Mohd Rashidi Abdull Manap, Pensyarah Kanan Jabatan Kimia Fakulti Sains berkaitan ciri-ciri terbaik penghasilan baja organik, pencarian sampal pepejal dan analisis makmal seperti analisis karbon, hidrogen, nitrogen, sulfur bagi Sebatian Organik (CHNS), fourier transform infrared (ATR-FTIR) dan analisa pH.

 

Bagi menambahkan pengetahuan dan membuka minda pelajar berkenaaan teknologi komersial dalam penghasilan baja organik, satu sesi lawatan ke Kompleks Penapisan Bio (BioRefinery) Universiti Putra Malaysia telah diadakan dan mereka telah diberi taklimat dan penerangan oleh Profesor Dato’ Dr. Ali Hassan, Pengarah Kompleks BioRefinery UPM.

Mereka juga di bawa melawat ke Jabatan Pertanian Serdang bagi mendapat pendedahan teknik-teknik penanaman pokok, keadah pengunaan baja terhadap tanaman, ciri tapak semaian dan landskap pertanian

Majlis perasmian penutup program ini telah disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Khamirul Amin Matori, Timbalan Dekan (Pembangunan dan Jaringan Industri & Masyarakat) Fakulti Sains UPM  pada 16 Ogos 2019. Turut hadir ialah Prof. Dr. Zulkarnain Zainal, Ketua Jabatan Kimia Fakulti Sains UPM dan Dr. Mohd Roshidi Abdul Manap, Pensyarah Kanan Fakulti Sains yang merupakan fasilitator dan pensyarah pembimbing program ini.

 

 

Date of Input: 22/08/2019 | Updated: 22/08/2019 | nashrin

MEDIA SHARING

FACULTY OF SCIENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXEXWAV~