Kem Profesor Cilik (KPC2019) Capai Matlamat Penganjuran | FACULTY OF SCIENCE
» NEWS » Kem Profesor Cilik (KPC2019) Capai Matlamat Penganjuran

Kem Profesor Cilik (KPC2019) Capai Matlamat Penganjuran

Kem Profesor Cilik (KPC2019) Capai Matlamat Penganjuran

Dengan tema ‘Profesor Cilik Terokai Biologi’ Kem Profesor Cilik (KPC2019) anjuran Jabatan Biologi Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia dengan sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia telah berlangsung dengan jayanya pada 25 – 27 Mac 2019 di Jabatan Biologi Fakulti Sains UPM Serdang, Selangor. Penganjuran julung kali ini telah berjaya menarik penyertaan 50 orang pelajar sekolah rendah tahun 4-6 dari 32 buah sekolah dari negeri Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Negeri Sembilan dan Pahang.

Program tiga hari ini memberi pendedahan tentang keunikan dan kepentingan kepelbagaian biologi dari kumpulan mikroorganisma sehingga hidupan yang kompleks secara teori dan praktikal. Dengan sembilan modul iaitu Klorofil dan Tumbuhan, Kenali Dunia Haiwan, Anatomi dan Embrio Ikan, Meneroka Sisi Bakteria dan Fungi, Pengekstrakan DNA ‘DIY’, Kenali Genetik Melalui Ciri Fizikal dan Varasi yang dibangunkan oleh pensyarah Jabatan Biologi Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia (UPM).

Profesor Cilik Terokai Biologi yang menekankan eleman biologi kerana negara ini memiliki persekitaran yang kaya dengan flora, fauna dan sumber alam yang lain. Pendedahan tentang keunikan dan kepentingan kepelbagaian marfologi, anatomi, fisiologi dan penyesuaian hidupan dengan persekitaranya membuatkan para peserta amat teruja dengan modul-modul pembelajaran yang dijalankan.

Selaras dengan misi kerajaan untuk memperkasakan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), aktiviti-aktiviti yang dijalankan mampu memberi pemahaman dan minat yang tinggi di kalangan para pelajar di samping dapat merangsang perkembengan minda mereka terhadap bidang sains. Ini amat berguna apabila mereka menempuh alam persekolahan peringkat menengah dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi.

Majlis perasmian penutupan telah disempurna oleh En. Zainal bin Abas, Pengarah Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni Kementerian Pendidikan Malaysia pada 27 Mac 2019 yang turut dihadiri oleh Profesor Dr. Zanariah Abdul Majid, Timbalan Dekan (Penyelidikan & Siswazah) Fakulti Sains yang mewakili Dekan Fakulti Sains dan Prof Madya Dr. Nur Ain Izzati Mohd Zainuddin, Pengerusi Kem Profesor Cilik 2019 serta pensyarah-pensyarah Jabatan Biologi.

Berita/foto oleh Sabri Omar

 

Date of Input: 03/04/2019 | Updated: 03/04/2019 | nashrin

MEDIA SHARING

FACULTY OF SCIENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
C1601386982