Majlis Konvokesyen Ke 41 UPM : 526 Pelajar FS Bergraduat | FACULTY OF SCIENCE
» NEWS » Majlis Konvokesyen Ke 41 UPM : 526 Pelajar FS Bergraduat

Majlis Konvokesyen Ke 41 UPM : 526 Pelajar FS Bergraduat

Seramai 526 pelajar Fakulti Sains telah dikurniakan ijazah bacelor, ijazah Sarjana (Master) dan ijazah Doktor Falsafah (PhD) sempena Majlis Konvokesyen ke-41 Universiti Putra Malaysia yang telah berlangsung dari 4 – 7 November 2017 di Dewan Besar Pusat Kebudayaan Sultan Abdul Aziz Shah (PKKSAAS) Universiti Putra Malaysia Serdang.

 

Dari jumlah tersebut 51 orang dikurniakan PhD, 53 orang Master Sains, 9 orang Master Statistik. Bagi program Sarjanamuda, seramai 413 orang telah dikurniakan ijazah masing-masing yang merangkumi 339 orang menerima Ijazah Sarjanamuda Sains dengan Kepujian dan 74 orang menerima Ijazah Sarjanamuda Sains dengan Pendidikan (Kepujian).

 

Majlis konvokesyen UPM ke-41 ini merekodkan keseluruhan seramai 6500 orang graduan dikurniakan ijazah doktor falasafah, ijazah sarjana, ijazah sarjanamuda dan diploma.

Pengurniaan ijazah pada konvokesyen kali ini yang bertemakan ihsan, kecemerlangan & cabaran telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Canselor UPM dan Pro Canselor-Pro Canselor UPM.

Berita/Gambar: Sabri Omar

Updated:: 08/11/2017 [nashrin]

MEDIA SHARING

FACULTY OF SCIENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389466601
0389432508
C1513574046