Norma Baharu - Fakulti Sains Jalankan Mesyuarat Fakulti Secara ‘On-Line’ | FACULTY OF SCIENCE
» NEWS » Norma Baharu - Fakulti Sains Jalankan Mesyuarat Fakulti Secara ‘On-Line’

Norma Baharu - Fakulti Sains Jalankan Mesyuarat Fakulti Secara ‘On-Line’

Berita oleh : Sabri Omar

Pandemik COVID-19 menarik perilaku rakyat daripada sifat kebiasaan kepada norma baharu yang mungkin agak sukar pada awalnya, tetapi alah bisa tegal biasa.

Begitu juga dengan amalan mesyuarat yang selama ini dijalankan secara fizikal telah berubah kepada penyesuaian dan adaptasi norma baharu (secara maya) bagi mencegah penularan dan jangkitan Covid-19 serta penyakit lain bagi menjadikan kita lebih sihat.

Seiring dengan amalan norma baharu ini, Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia (UPM) buat julung kalinya mengadakan Mesyuarat Fakulti secara maya pada 19 Jun 2020 menggunakan platform Google Meet yang mana ahli-ahli mesyuarat terdiri dari  pegawai akademik dan pentadbir Fakulti.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Dekan Fakulti Sains UPM, Prof. Dr. Mohd Basyaruddin Abdul Rahman, dihadiri secara maya oleh seramai 114 orang ahli-ahli mesyuarat berlangsung selama hampir tiga jam.

Di samping mesyuarat membincangkan perkara-perkara berbangkit, hal ehwal akademik serta penyelidikan dan lain-lain, Tuan Dekan juga menyampaikan amanat dan peringatan kepada semua pegawai akademik serta pentadbir Fakulti berkenaan cabaran budaya kerja norma baharu yang akan diamalkan mengikut SOP yang digariskan.

 

Date of Input: 25/06/2020 | Updated: 25/06/2020 | nashrin

MEDIA SHARING

FACULTY OF SCIENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
C1596655720