Pelajar Fakulti Teknologi Industri Pertanian Universiti Padjadjaran Indonesia Lawat Fakulti Sains UPM | FACULTY OF SCIENCE
» NEWS » Pelajar Fakulti Teknologi Industri Pertanian Universiti Padjadjaran Indonesia lawat Fakulti Sains UPM

Pelajar Fakulti Teknologi Industri Pertanian Universiti Padjadjaran Indonesia lawat Fakulti Sains UPM

Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia menerima kunjungan delegasi yang terdiri daripada 22 pelajar dan seorang pensyarah pengiring Fakulti Teknologi Industri Pertanian Universiti Padjadjaran Indonesia pada 16 Julai 2019 dalam rangka lawatan sambil belajar ke Universiti Putra Malaysia Serdang Selangor bagi mendapat pendedahan suasana pembelajaran, peluang melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian siswazah terutama dalam bidang Biologi dan yang setara denganya.

Taklimat berkenaan Universiti Putra Malaysia dan program pengajian Fakulti Sains disampaikan oleh Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) Fakulti Sains, Prof. Madya Dr. Nor Azwady Abd Aziz. Turut hadir ialah Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pengajian Siswazah) Prof. Dr. Zanariah Abdul Majid. Para ahli rombongan juga berpeluang mendengar taklimat dan penerangan berkenaan Jabatan Biologi Fakulti Sains yang disampaikan oleh Ketua Jabatan Biologi, Prof Madya Dr. Muskhazli Mustafa yang dihadiri sama oleh pensyarah Jabatan Biologi Fakulti Sains UPM.

 

Delegasi juga dibawa melawat Makmal Penyelidikan Mikologi yang dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Nur Ain Izzati Mohd Zainudin bagi melihat secara dekat bentuk pembelajaran dan penyelidikan yang dijalankan oleh pelajar pra-siswazah dan siswazah lanjutan. Di samping itu lawatan ke Muzium Biologi yang merupakan satu-satunya muzium seumpama yang terdapat di UPM menambahkan lagi keterujaan mereka.

Date of Input: 25/07/2019 | Updated: 25/07/2019 | nashrin

MEDIA SHARING

FACULTY OF SCIENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
C1601391658