Pengajian Siswazah Semester 1 2019/2020 : Fakulti Sains Terima Kemasukan 38 Orang Pelajar Baharu | FACULTY OF SCIENCE
» NEWS » Pengajian Siswazah Semester 1 2019/2020 : Fakulti Sains Terima Kemasukan 38 Orang Pelajar Baharu

Pengajian Siswazah Semester 1 2019/2020 : Fakulti Sains Terima Kemasukan 38 Orang Pelajar Baharu

Fakulti Sains, UPM telah menerima kemasukan seramai 38 orang pelajar baharu bagi sesi pengajian siswazah semester 1 2019/2020 bagi program-program pengajian master sains dan doktor falasafah (PhD). Jumlah ini termasuk empat  orang pelajar antarabangsa dan selebihnya pelajar tempatan. Jumlah tersebut adalah dari keseluruhan 1000 orang pelajar baharu siswazah program master dan PhD yang mendaftar sebagai pelajar baharu siswazah Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi sesi ini yang telah diadakan pada 26 Ogos hingga  6 September 2019 di Kompleks Akademik A, Universiti Putra Malaysia.

Bagi Fakulti Sains, jumlah 38 orang pelajar baharu ini merangkumi 14 orang pelajar mengikuti program PhD, 18 orang pelajar mengikuti program Master Sains dan 6 orang pelajar mengikuti program Master Statistik. Pecahan bilangan pelajar baharu yang mendaftar mengikut jabatan ialah 9 orang bagi Jabatan Biologi, 7 orang Jabatan Fizik, 12 orang Jabatan Kimia dan 10 orang bagi Jabatan Matematik.

Jumlah pelajar baharu siswazah yang mendaftar semester ini menjadikan jumlah keseluruhan pelajar siswazah Fakulti Sains berjumlah 393 orang. Dari jumlah keseluruhan pelajar siswazah tersebut, seramai 86 orang adalah pelajar antarabangsa yang datang dari 22 buah negara dan selebihnya adalah pelajar tempatan yang menyambung pengajian mereka diperingkat yang lebih tinggi.

Majlis taklimat dan penerangan fakulti bagi pelajar baharu siswazah ini telah disampaikan oleh Prof. Dr. Zanariah Abdul Majid, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pengajian Siswazah) Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia pada 25 September 2019 di Bilik Saintis Gemilang, Fakulti Sains. Hadir sama ialah Penyelaras Pengajian Siswazah Fakulti Sains, Prof. Dr. Halimah Mohamed Kamari dan staf-staf pelaksana Bahagian Penyelidikan & Pengajian Siswazah.

 

Berita dan foto : Sabri Omar

Date of Input: 27/09/2019 | Updated: 27/09/2019 | nashrin

MEDIA SHARING

FACULTY OF SCIENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXDcVAO~