e-Warga Sains @ UPM
iSAINS 2011 -Gemilang Menuju Puncak!-
BENGKEL PEMANTAPAN SPK SKOP PENGURUSAN DAN KESELAMATAN MAKMAL
Posted on May 17th, 2012 No commentsPerhatian untuk Warga Fakulti
Dimaklumkan bahawa Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, UPM akan mengadakan Bengkel Pemantapan SPK Skop Pengurusan dan Keselamatan Makmal sebagaimana butiran di bawah:
Tarikh : 18 Mei 2012 (Jumaat)
Masa : SESI 1 (8.30 pagi - 12.15 tengahari)
SESI 2 (3.00 petang - 4.30 petang)
Tempat : Dewan OSH (Berhadapan ITMA)
Bengkel ini bertujuan untuk memberi kefahaman berkaitan Skop Pengurusan Keselamatan Makmal dan juga membantu PTJ untuk semakan rekod kualiti Skop Pengurusan Keselamatan Makmal dan juga sebagai persediaan dalam menghadapi Audit Pensijilan Semula yang dijadualkan pada bulan Jun 2012.
Sehubungan itu, semua staf makmal Fakulti Sains adalah diminta untuk menghadiri bengkel ini. Bengkel ini diadakan dua (2) sesi iaitu sesi pagi dan petang bagi memudahkan staf makmal menghadiri bengkel tersebut mengikut kesesuaian tugas.Semoga dalam makluman Warga Fakulti.
-
PAMERAN BUKU ANJURAN PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD, UPM
Posted on May 15th, 2012 No commentsDimaklumkan bahawa Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM dengan kerjasama syarikat ASHE Enterprise Sdn. Bhd. akan mengadakan pameran buku di Fakulti Sains pada 17 hingga 18 Mei 2012 bermula jam 10.00 pagi bertempat di ruang legar Fakulti. Pameran ini bertujuan untuk :
i. Memberi peluang kepada pegawai akademik Fakulti untuk membuat pemilihan dan mencadangkan judul buku tersebut kepada perpustakaan.
ii. Membolehkan perpustakaan membuat perolehan dalam mempertingkatkan jumlah koleksi buku berkaitan subjek fakulti.
Sehubungan itu, pihak Perpustakaan berbesar hati menjemput para pegawai akademik Fakulti Sains untuk melapangkan masa bagi melawat pameran tersebut.Selain pameran tersebut, pihak Perpustakaan turut menyediakan ‘kotak derma’ untuk para pegawai akademik yang mempunyai buku-buku untuk disumbangkan bagi kegunaan Perpustakaan.
Semoga dalam makluman YBhg. Prof./tuan/puan.
-
TAKLIMAT PEMBENTANGAN PROSEDUR DAN GARIS PANDUAN BAHARU SPK SKOP PENYELIDIKAN DAN INOVASI
Posted on May 15th, 2012 No commentsPerhatian untuk seluruh Warga Fakulti.
Dimaklumkan bahawa Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) telah membuat pindaan terhadap Prosedur dan Garis Panduan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 bagi Skop Penyelidikan dan Inovasi kuatkuasa pada 9 Mei 2012.
Sehubungan itu, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) telah mengarahkan semua PTJ untuk mengadakan taklimat dan penerangan berhubung perkara ini. Taklimat ini merupakan satu bentuk latihan bertujuan memberi dan menyampaikan maklumat tambahan kepada semua pegawai akademik dan penyelidik berhubung penggunaan prosedur dan garis panduan tersebut. Butiran taklimat adalah sepertimana di bawah:
Tarikh : 18 Mei 2012 (Jumaat)
Masa : jadual-taklimat-pembentangan-prosedur-gpanduan-baharu-spk-skop-penyelidikan-dan-inovasi-1
Tempat : Makmal Komputer, Jabatan Biologi
Para pegawai akademik dan penyelidik Fakulti Sains adalah dijemput hadir ke taklimat tersebut. Sebarang pertanyaan YBhg. Prof./tuan/puan bolehlah berhubung dengan Pn. Wan Azma di talian 03-8946 7810 ataupun urusetia di talian 03-8646 6603/6604/6608.
Semoga dalam makluman dan perhatian YBhg. Prof./tuan/puan.
-
KURSUS PENGURUSAN FAIL DAN REKOD FAKULTI SAINS
Posted on May 15th, 2012 No commentsSukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Sains dengan kerjasama Seksyen Pengurusan Rekod dan Data, Pejabat Pendaftar, UPM akan mengadakan kursus di atas sebagaimana ketetapan berikut:
Tarikh : 16 Mei 2012 (Rabu)
Masa : 8.15 pagi – 1.00 petang
Tempat : Bilik Saintis Gemilang, Fakulti Sains
Sehubungan itu, kehadiran tuan/puan adalah DIWAJIBKAN. Kepada yang masih belum menghantar borang pengesahan kehadiran latihan boleh berbuat demikian dengan menghantar borang tersebut kepada sekretariat latihan di Pejabat Dekan.
Senarai nama peserta adalah seperti dilampiran.
senarai nama peserta kursus perngurusan fail dan rekod
-
PERUBAHAN MASA DAN TEMPAT PENGGUNA SISTEM MAKLUMAT PELAJAR (SMP)
Posted on May 14th, 2012 No commentsBuletin:/2012/No. : 1616
Pengirim:ARBAIYAH MOHD ISA <ARBAIYAH@PUTRA.UPM.EDU.MY>
Tarikh : 05/14/2012 11:59 AM
KEPADA: SEMUA PENSYARAH DAN PEGAWAI TADBIR FAKULTI
Dimaklumkan bahawa Taklimat Pengguna Sistem Maklumat Pelajar (SMP) yang dijadual pada 16 Mei 2012 telah dipinda masa dan tempat seperti maklumat berikut:
Tarikh : 16 Mei 2012
Masa : 2.30-4.30 petang
Tempat : DKAP D-2, Dewan Kuliah Akademik PusatDengan itu, sesi taklimat yang dijadualkan pada 9.00-11.00 (16 Mei 2012) dibatalkan.
Daripada: Ketua Pentadbiran Pengajian Prasiswazah, UPM
-
PENYELARAS SISA (KLINIKAL) FAKULTI SAINS
Posted on May 14th, 2012 No comments
Dimaklumkan bahawa Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, UPM telah melantik Pn. Zaharah Sadi, Penolong Pegawai Sains Jabatan Biologi selaku Penyelaras Sisa (Klinikal), di Fakulti Sains mulai 4 Mei 2012 hingga 31 Disember 2014.Warga Fakulti merakamkan ucapan setinggi tahniah di atas pelantikan ini dan berharap beliau akan memberi sumbangan yang cemerlang lagi di masa hadapan dalam kerangka merealisasikan visi dan misi Universiti Putra Malaysia.
-
PENYELARAS SISA (KIMIA) FAKULTI SAINS
Posted on May 14th, 2012 No comments
Dimaklumkan bahawa Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, UPM telah melantik En. Nordin Ismail, Penolong Pegawai Sains Jabatan Kimia selaku Penyelaras Sisa (Kimia), di Fakulti Sains mulai 4 Mei 2012 hingga 31 Disember 2014.Warga Fakulti merakamkan ucapan setinggi tahniah di atas pelantikan ini dan berharap beliau akan memberi sumbangan yang cemerlang lagi di masa hadapan dalam kerangka merealisasikan visi dan misi Universiti Putra Malaysia.
-
SEMINAR 1 ABAD UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU
Posted on May 14th, 2012 No commentsSukacita dimaklumkan bahawa Muzium Negeri Terengganu dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu akan menganjurkan Seminar Satu Abad Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu pada 26 - 27 Mei 2012 di Kompleks Muzium Negeri Terengganu.
Bersama-sama ini disertakan brosur/borang penyertaan seminar. brosur_borang-penyertaan-seminar-1-abad-undang2-diri-kerajaan-tganu
-
INFO : Pemandu Kenderaan Fakulti Sains
Posted on May 11th, 2012 No comments
Fakulti Sains mendapat seorang Pemandu (Kenderaan Bermotor), En. Husaini Amir bin Hussin. Beliau mula lapor diri bertugas di Fakulti Sains mulai 2 Mei 2012 bagi mengantikan En. Rosli Sahar yang berpindah tempat kerja ke Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM mulai tarikh yang sama.En. Husaini Amir sebelum ini bertugas di FPSK UPM selama 8 tahun mulai 2004.
Warga Fakulti Sains mengucapkan selamat datang bertugas kepada En. Husaini Amir.
-
CERAMAH ROAD TO NATURE: PLAYING THE BIG GAMES SEMPENA BPS 2012
Posted on May 11th, 2012 No commentsDimaklumkan bahawa Bula Putra SATRIA 2012 (BPS), UPM akan diadakan mulai 10 Mei hingga 5 Julai 2012 dengan tema “Akademia Pemangkin Akademik Seimbang”. Sambuatn BPS merupakan anjuran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dan Pusat Pembangunan Akademik (CADe) adalah selaku urusetia.
Sempena sambutan BPS, satu ceramah ROAD TO NATURE: PLAYING THE BIG GAMES akan diadakan pada16 Mei 2012 (Rabu), jam 9.30 pagi - 11.30 pagi di Dewan Pertanian, Fakulti Pertanian, UPM.
Bersama-sama ini disertakan borang maklum balas penyertaan, tentatif dan maklumat mengenai penceramah dan sinopsis ceramah ROAD TO NATURE: PLAYING THE BIG GAMES. Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi En. Muhd Raimee Bin Abd Latip di talian 03-8946 6135 atau ke e-mel raimeeupm@gmail.com. Sila kembalikan borang maklum balas penyertaan aktiviti kepada sekretariat selewat-lewatnya 14 Mei 2012 (Isnin) di talian faks CADe 03-89466043.







