iSAINS -Gemilang Menuju Puncak!
RSS icon Home icon
  • PRPI2011@UPM - 83 Penyertaan dari FS

    Posted on July 20th, 2011 ifs 2 comments

    SERDANG - FAKULTI SAINS UPM mencipta rekod di Pameran Rekacipta Penyelidikan dan Inovasi (PRPI2011) dengan 83 penyertaan berbanding PTJ yang lain. Jumlah pemamer adalah 570. Pameran yang berlangsung pada 19-21 Julai 2011 bertemakan Komersialisasi Inovasi ke Arah Kelstarian Ekonomi dan Kesejahteraan Komuniti, adalah anjuran Pejabat Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dengan sekretariatnya adalah Pusat Pembangunan Akademik (RMC).

    http://www.u-events.upm.my/prpi/

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • 4 Pelajar FS Terima Anugerah Naib Canselor

    Posted on May 9th, 2011 ifs 4 comments

    SERDANG - Seramai empat pelajar prasiswazah Fakulti Sains telah menerima Anugerah Naib Canselor UPM Kali Ke-12 (2011) pada 9 Mei 2011 di Dewan Harmoni, Kolej Kelima UPM.

    Penerima Anugerah daripada Fakulti Sains terdiri dari Akmal Aizuddin Zulkifli - Bac. Sains (K) - Kimia Petroleum (Kolej 15), Fazliana Ngali - BSDP (K) - Matematik (Kolej 5), Nur Rahimah Mohd Rozaimi - BSDP (K) - Matematik (Kolej 5) dan Sujithra Devi a/p Arunagiri Theva - BSDP (K) - Biologi (KOSASS).

    Dekan Fakulti Sains, Prof Dr Sidek Hj Ab Aziz sempat bertemu-ramah dengan keluarga salah seorang penerima anugerah iaitu keluarga Fazliana Ngali (foto). Menurut Encik Ngali Hj Makmom, beliau dan isteri yang berasal dari Tanjung Karang Selangor, berasa begitu gembira apabila anak sulung mereka berjaya mnerima anugerah yang begitu berprestij ini. Menurut beliau, anaknya kini sedang menjalani latihan praktikum bagi kursus yang diikutinya iaitu Bacelor Sains dengan Pendidikan major Matematik di Sekolah Menengah Teknik Kajang, Selangor. Fazliana Ngali merupakan salah seorang dari 55 penerima di majlis tersebut yang disampaikan oleh Dato’ Dr Ir Radin Umar Radin Sohadi, Naib Canselor UPM.

    Menurut Haji Jamsari Tamsir (foto), Ketua Pentadbiran, Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA) “Anugerah Naib Canselor diberikan kepada pelajar yang telah memperlihatkan ketokohan, kewibawaan, prestasi yang unggul dan kesungguhan yang tinggi dalam aktiviti kepimpinan. kemasyarakatan, penghayatan budaya ilmu, pemupukan minda, aktif dalam sukan dan rekreasi.

    “Disamping itu penerima mestilah memiliki dan mengetahui perkembangan terkini dalam bidang teknologi maklumat dan mempunyai kepakaran serta kebolehan dalam bidang-bidang tertentu. Penilaian dibuat begitu teliti berdasarkan penglibatan pelajar sepanjang pengajian, mecapai CGPA melebihi 3.00 dan tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib”, katanya lagi.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • Tahniah kepada Penerima Anugerah Naib Canselor UPM Kali Ke-12

    Posted on May 6th, 2011 sitikd 4 comments

    Warga Fakulti Sains merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada 4 pelajar prasiswazah Fakulti Sains yang telah berjaya dan terpilih menjadi penerima Anugerah Naib Canselor UPM Kali Ke-12 (2011).

    Majlis Anugerah Naib Canselor Kali Ke-12 ini akan diadakan pada:

    Tarikh: 9 Mei 2011
    Tempat: Dewan Harmoni, Kolej Kelima, UPM
    Masa: 2.30 petang

    Nama-nama pemenang Anugerah daripada Fakulti Sains:

    1. Akmal Aizuddin Zulkifli (146175) - Bac. Sains (K) - Kimia Petroleum (Kolej 15)
    2. Fazliana Ngali (141757) - BSDP (K) - Matematik (Kolej 5)
    3. Nur Rahimah Mohd Rozaimi (142005) - BSDP (K) - Matematik (Kolej 5)
    4. Sujithra Devi a/p Arunagiri Theva (142964) - BSDP (K) - Biologi (KOSASS)

    Pelajar-pelajar yang menerima anugerah diminta hadir pada Majlis tersebut di atas. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM.

    TDA

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • 6 Pelajar Bacelor Sains (Kepujian) - Biologi dapat Biasiswa Khas Tenaga Akademik IPTA, KPT

    Posted on October 19th, 2010 sitikd 3 comments

    Serdang - Fakulti Sains mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada 6 pelajar Bacelor Sains (Kepujian) - Major Biologi yang telah berjaya mendapat tawaran Biasiswa Khas Tenaga Akademik IPTA (BKTA), Kementerian Pengajian Tinggi Tahun 2010 bermula pada 7 Julai 2009 sehingga tamat pengajian mereka di UPM.

    Program Biasiswa Khas Tenaga Akademik IPTA (BKTA) ini bertujuan untuk menyediakan bakal pelapis tenaga akademik IPTA dalam bidang sains tulen (fizik, kimia, biologi dan matematik) dan senibina pada masa akan datang serta sebagai usaha Kementerian Pengajian Tinggi untuk membantu memperkasakan bidang tersebut dan “fundamental research” institusi pengajian tinggi negara.

    Nama-nama pelajar tersebut ialah:

    1. Aminudin Mohd Tomin
    2. Azrul Abdul Kadir
    3. Madihah Mior Zakuan Azmi
    4. Nur Adlina Mohd Yat5im
    5. Nurul Nadirah Razali
    6. Siti Rohani Sulaiman

    ~ TDA

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • Majlis Anugerah Graduan Cemerlang Fakulti Sains 2010

    Posted on October 8th, 2010 sitikd 3 comments

    Tahniah kepada semua graduan Fakulti Sains, semoga berjaya dengan cemerlang dalam apa saja bidang yang anda ceburi.

    Setinggi-tinggi tahniah kepada semua Penerima Anugerah Graduan Cemerlang Fakulti dan Jabatan bagi Konvokesyen 2010.

    Selamat Maju Jaya….

    ** Semua pensyarah Fakulti Sains dan para jemputan dipersilakan hadir pada Majlis petang ini.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • In Action | Malam Gemilang Sains 2009

    Posted on December 14th, 2009 ifs 2 comments



    Koleksi Foto Sabri Omar FS

    Diberikan dalam mesej ini link ke album Picasa bagi Malam Gemilang Sains 2009 dari apa
    yang sempat saya ambil. Enjoy. Kalau nak yang higher resolution pictures
    sila beritahu saya untuk mendapatkan nya.

    PM Dr Zaidan Abdul Wahab


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • FS Sasar Kecemerlangan Berterusan

    Posted on December 8th, 2009 ifs 1 comment



    Prof. Dr. Abu Bakar Salleh (kanan) bersama Dekan Fakulti Sains, Prof. Dr. Sidek Ab. Aziz dan Pengerusi Konvensyen Fakulti Sains 2009, Prof. Dr Wan Mahmood Mat Yunus (tengah) ketika merasmikan Konvensyen Fakulti Sains 2009.

    SERDANG, 2 Dis - Kecemerlangan bagi sebuah fakulti adalah gabungan kecemerlangan penyelidik, pensyarah, pentadbir dan pegawai sokongan dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan, menyediakan kemudahan dan prasarana pengajaran serta output penyelidikan terbaik, kata Dekan Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof. Dr. Sidek Ab. Aziz pada Konvensyen Fakulti Sains 2009.

    “Kecemerlangan tidak semudah yang disangka kerana tanpa kerjasama dari setiap individu bermula dari pegawai sokongan hingga penyelidik, kejayaan tidak akan dapat dicapai.

    “Bagi sepanjang tahun 2009, banyak kejayaan yang membanggakan telah dicapai oleh penyelidik fakulti. Antaranya, Young Scientist of Asia Conclave 2009, Malaysian Innovative Product Award 2009, Malaysian Innovative Product Award 2009 dan Malaysian Association of Research Scientist serta pencapaian fakulti melepasi audit kepatuhan SIRIM tanpa NCR,” katanya.

    Konvensyen yang berlangsung di Auditorium Jurutera, Fakulti Kejuruteraan, UPM tersebut telah dianjurkan oleh Fakulti Sains, UPM bertujuan untuk berkongsi kejayaan fakulti sepanjang tahun 2009 bersama warga fakulti.

    Selain itu, konvensyen tersebut bertujuan berkongsi hala tuju fakulti mengikut bidang pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan siswazah, pembangunan dan kewangan serta pengurusan sumber manusia dan pentadbiran.

    Beliau turut berkata konvensyen kali kedua yang bertemakan ‘Iltizam Melonjak Kecemerlangan’ tersebut diharapkan dapat mengukuhkan lagi kerjasama antara warga fakulti dalam terus melakar kecemerlangan dari setiap aspek pendidikan.

    Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, UPM Prof. Dr. Abu Bakar Salleh berkata konvensyen tersebut boleh dijadikan sebagai wahana perbincangan antara pihak pentadbir fakulti dengan warga fakulti dalam usaha untuk mengekalkan dan mempertingkatkan lagi kecemerlangan fakulti.

    “Konvensyen seperti ini boleh juga dijadikan sebagai medan untuk menjalankan pemantauan dalam memastikan konsistensi pencapaian sesebuah fakulti,” katanya ketika merasmikan konvensyen tersebut.

    Pada konvensyen tersebut turut diadakan pameran hasil penyelidikan dari setiap jabatan di Fakulti Sains.


    Prof. Dr. Abu Bakar Salleh (dua dari kanan) sedang mendengar penerangan hasil penyelidikan di pameran Konvensyen Fakulti Sains 2009.

    Sumber asal: www.upm.edu.my
    Berita ini disediakan oleh Seksyen Media, Publisiti dan Penerbitan UPM.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • Staf Penjana Kecemerlangan UPM

    Posted on October 20th, 2009 dekan No comments

    Staf adalah sumber penggerak dan penjana kecemerlangan universiti. Kejayaan Universiti sehingga kini merupakan sumbangan warganya yang sentiasa berdedikasi, menghayati prinsip perkhidmatan berkualiti dan menyemarakkan nilai etika kerja yang mulia.

    Memetik kata aluan, Prof Datuk Dr Nik Mustapha bin R Abdullah, Naib Canselor UPM dalam Buku Cenderahati Majlis Gemilang Putra 2009 yang diadakan pada 19 Oktober 2009 di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, “Pengurusan Universiti sentiasa berusaha meningkatkan keupayaan Universiti dengan mengutamakan kecemerlangan dalam semua urusan serta menyediakan pelbagai kemudahan untuk mencapai kecemerlangan tersebut.

    “UPM kini giat berusaha untuk mendapatkan swa-akreditasi bagi semua program akademik yang ditawarkan. Ini merupakan bukti kesungguhan UPM untuk menjamin kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran. Kejayaan mendapatkan saw-akreditasi ini akan meletakkan UPM sebagai IPTA pertama yang mendapat swa-akreditasi, ” katanya lagi.

    Malahan usaha mendapatkan pengiktirafan Anugerah Kualiti Perdana Menteri oleh Pejabat Pendaftar adalah satu mekanisme untuk menjamin penyampaian perkhidmatan yang cemerlang di UPM.

    “Saya yakin, dengan adanya persekitaran dan budaya kerja yang berkualiti, disokong oleh warga Universiti sentiasa berfokus kepada kecemerlangan, reputasi UPM akan dapat ditingkatkan. UPM amat menghargai sataf yang menunjukkan perkhidmatan cemerlang, sentiasa meningkatkan ilmu untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan setia berbakti kepada UPM serta masyarakat. Ini terbukti apabila UPM sentiasa mengukir kejayaan demi kejayaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam pelbagai anugerah penyelidikan., pengajaran dan perundingan “, tambahnya lagi.

    Berita selanjutnya di Laman Web UPM

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • APC 2009 - 26 STAF FAKULTI SAINS TERIMA ANUGERAH

    Posted on October 19th, 2009 ifs No comments

    SERDANG (19 Oktober 2009) - Seramai 26 staf akademik dan sokongan Fakulti Sains telah dihargai pada Majlis Gemilang Putra UPM 2009 yang berlangsung di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Abdul Aziz Shah (PKSAAS) UPM. Daripada jumlah tersebut seramai 22 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) terdiri dari kuota Fakulti, 2 penerima dari kuota Ketua Jabatan/Ketua Laboratori dan masing-masing seorang dari kuota Profesor dan Pegawai Sains.

    Para penerima anugerah khidmat cemerlang pada tahun ini menerima sijil penghargaan dan imbuhan wang tunai bernilai RM1,000.00 telah disampaikan oleh Naib Canselor UPM, Profesor Datuk Dr. Nik Mustapha bin R. Abdullah.

    Di antara penerima anugerah perkhidmatan cemerlang pada majlis ini adalah pasangan suami isteri dari Jabatan Biologi En. S’ahrom Khatim dan Puan Norida Zulkefli.

    Majlis yang merangkumkan enam anugerah dalam satu iaitu Anugerah Fellowship Naib Canselor, Anugerah Jasamu Dikenang, Anugerah Jasa dan Setia Putra, Anugerah Bakti Putra dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini dihadiri oleh Ahli Majlis Pengurusan Universiti termasuk Dekan Fakulti Sains, Prof. Dr. Sidek Ab. Aziz.

    SENARAI PENERIMA ANUGERAH CEMERLANG FAKULTI SAINS

    Kuota Fakulti

    1. Prof. Madya Dr. Faridah Qamaruzamam
    2. Prof Madya Dr. Norihan Md. Ariffin
    3. Prof. Madya Dr. Mohd Rizam Abu Bakar
    4. Dr. Muskhdzli Mustafa
    5. Dr. Nurul ain Izzati Mohd Zainuddin
    6. Dr. Lee Lai Soon
    7. Dr. Zulkifly Abas
    8. Pn. Achtar Madenna Abd. Latif
    9. Pn. Fauziah Omar
    10. En. Kamal Khamis
    11. En. Mohd Azman Abd. Majid
    12. Pn. Norida Zulkifli
    13. Pn. Noriza Maslan
    14. Pn. Norizan Yusof
    15. En. Raduan Othman
    16. En. Razak Haron
    17. En. S’harom Khatim

    18. Cik Shareena Safai
    19. Pn. Sharifah Amran
    20. Pn. Zainab Kadir
    21. En. Zainal Abidin Kassim
    22. En. Zainuddin Samad

    Kuota Ketua Jabatan/Ketua Laboratori

    1. Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Talib
    2. Prof. Madya Dr. Habshah Midi

    Kuota Profesor

    1. Prof. Umi Kalsom Yusuf

    Kuota Pegawai Sains

    1. Pn. Zaidina Mohd. Daud

    PENERIMA ANUGERAH JASA PUTRA 2009 (Jasamu Dikenang)

    Allahyarham Abd. Rani bin Zaman

    PENERIMA ANUGERAH JASA PUTRA 2009 (Bersara Wajib)

    Prof. Dr. Peng Yee Hock

    PENERIMA ANUGERAH SETIA PUTRA (BERKHIDMAT 20 TAHUN)

    1. Prof. Dr. Ahmad Ismail
    2. Prof. Dr. Umi Kalsum Yusof

    PENERIMA ANUGERAH BAKTI PUTRA (BERKHIDMAT 30 TAHUN)

    1. Prof. Dr. Kaida Khalid
    2. Prof. Dr. Faujan hj. Ahmad
    3. En. Azahar Othman
    4. En. Baharuddin Ibrahim
    5. En. Mat Kamal Margona
    6. En. Razak Harun
    7. En. Shoib Tan

    Teks dan Foto oleh SABRI OMAR, Pejabat Dekan

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • PROGRAM PERHIMPUNAN BULANAN FS (MAC) PASTI DITUNGGU!

    Posted on February 28th, 2009 noorizai No comments

    MASA DITUKAR KE JAM 8.00 PAGI

    Pada bulan Mac ini, Program Perhimpunan Bulanan Fakulti Sains akan diadakan pada 13 Mac 2009, jam 3.00 petang, di Foyer Fakulti Sains. Program pada bulan ini akan memfokuskan kepada Sambutan Maulidurrasul. Justeru, sama-samalah kita, warga FS hadir menjayakan program!

    “BERSATU MEMACU KECEMERLANGAN”

    Ketua Penolong Pendaftar

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...