iSAINS -Gemilang Menuju Puncak!
RSS icon Home icon
  • Prof. Dr. Sidek Tokoh Pekerja UPM 2012

    Posted on May 9th, 2012 sbo 1 comment

    Pensyarah Jabatan Fizik Fakulti Sains UPM, Prof. Dr. Sidek Ab. Aziz telah di anugerahkan tokoh pekerja Universiti Putra Malaysia 2012 katagori Pengurusan dan Profesional (P&P) Akademik pada majlis sambutan hari pekerja peringkat UPM yang telah diadakan pada 8 Mei 2012 di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Abdul Aziz Shah (PKKSAAS) UPM.

    Profesor Dr. Sidek yang telah berkhidmat di Jabatan Fizik Fakulti Sains UPM selama 23 tahun sebelum ini pernah menerima anugerah besar peringkat kebangsaan antaranya anugerah Saintis Muda Negara (1997) dan Tokoh Pekerja Lelaki Peringkat Kebangsaan (2006). Beliau juga adalah penerima pertama Anugerah Fellowship Naib Canselor (cemerlang dalam pengajaran) yang mula di perkenalkan di UPM pada tahun 2004.

    Anugerah tokoh pekerja dan anugerah PTJ sempena sambutan hari pekerja peringkat UPM 2012 adalah yang julung kali diadakan bagi menghargai sumbangan staf UPM bersesuaian dengan tema sambutan hari pekerka tahun ini iaitu ‘Pekerja Berinovatif Penggerak Transformasi’.

    Bagi anugerah tokoh pekerja katagori P&P bukan akademik di menangi oleh Tuan Haji Mohamad Ghazali Haji Ali dari Pusat Islam UPM sementara En. Tajuddin Abd Manap dari Institut Biosains meraih anugerah tokoh pekerja katagori kumpulan pelaksana.

    Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) meraih tempat pertama anugerah PTJ terbaik, Pusat Asasi Sains Pertanian (kedua) dan Institut Biosains (ketiga).

    Anugerah-anugerah di sampaikan oleh Naib Canselor UPM, Dato’ Ir. Radin Umar Radin Sohadi. Hadir sama di majlis ini ialah Pendaftar UPM, Dato’ Wan Azman Wan Omar, Presiden CUEPACS Dato’ Hj. Omar Osman dan pegawai-pegawai kanan Universiti.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     

    One response to “Prof. Dr. Sidek Tokoh Pekerja UPM 2012”

    1. [...] Posted on May 9th, 2012 sbo No comments [...]

    Leave a reply

    You must be logged in to post a comment.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...