iSAINS -Gemilang Menuju Puncak!
RSS icon Home icon
  • SISTEM PENGURUSAN AUDIT NILAI (SPAN)

    Posted on November 17th, 2009 noorizai No comments
    Diketengahkan maklumat penting kepada semua warga Fakulti Sains (disedut daripada Buletin Putra) untuk perhatian dan tindakan.
    Y.Bhg. Prof./ tuan/puan juga boleh merujuk kepada Pegawai Kualiti Fakulti/ Jabatan berhubung perkara tersebut.
    Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia di bawah seliaan Seksyen Bimbingan dan Kerjaya Staf Pejabat Pendaftar kini dalam usaha untuk menggerakkan Sistem Pengurusan Audit Nilai (SPAN) dimana ia adalah merupakan salah satu kriteria untuk mencapai Anugerah Kualiti Perdana Menteri (AKPM) pada tahun 2010 nanti. Pemberian anugerah ini merupakan asas penting dalam merekayasa dan menambahbaik nilai-nilai murni di UPM di samping mewujudkan suasana yang dapat menyemarakkan budaya kerja cemerlang yang berteraskan kualiti. Objektif utama SPAN ini ialah: 
      
     
    i)              memastikan program-program nilai murni dilaksanakan dengan berkesan dan mencapai matlamat;
     
    ii)             panduan merangka strategi dalam meningkatkan pemahaman, penghayatan dan pengamalan nilai di UPM;
     
    iii)            usaha pembangunan nilai untuk diri dan organisasi.
     
    Justeru, semua kakitangan UPM adalah DIWAJIBKAN untuk mengisi secara online bagi menjayakan SPAN ini. Butir-butir lanjut adalah seperti berikut:
     
    i)              Web capaian :            http://www.interactive.jpa.gov.my/auditnilai
     
    ii)             Kod agensi     :            3863
     
    iii)            Kata laluan     :            UPM
     
    Bersama-sama ini juga disertakan panduan pengguna agar proses memasukkan data SPAN ini akan lebih lancar. Untuk makluman juga, Seksyen Bimbingan dan Kerjaya Staf, Pejabat Pendaftar telah melantik Pegawai Pelaksana SPAN di setiap PTJ di UPM. Sebarang maklumat lanjut, bolehlah berhubung terus dengan Pegawai Pelaksana di PTJ MASING-MASING @ PUAN RAFIDAH SADARUDIN (Seksyen Bimbingan dan Kerjaya Staf, Pejabat Pendaftar – ext : 2039) @ ENCIK NORSYAHRIMAN MD. ARIF (Seksyen Bimbingan dan Kerjaya Staf, Pejabat Pendaftar – ext : 2069) . Keprihatinan, kesungguhan dan komitmen tinggi seluruh kakitangan UPM dalam menggerakkan SPAN ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

    Noorizai Mohamad Noor

    (Sumber maklumat : Buletin Putra)
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Leave a reply

    You must be logged in to post a comment.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...