iSAINS -Gemilang Menuju Puncak!
RSS icon Home icon
  • SENARAI KESALAHAN LALULINTAS UPM

    Posted on November 18th, 2009 noorizai No comments

    Sukacita dikemukakan kepada seluruh warga Fakulti Sains berhubung  Senarai Kesalahan Lalulintas yang terdapat UPM, sebagaimana yang  diperolehi daripada Pengarah Keselamatan UPM.

    1. Meletak kereta menyalahi kehendak Papan Kenyataan Trafik

    2. Melakukan halangan yang tidak dikehendaki kepada lalulintas.

    3. Tidak meletakkan  kereta selari dengan jalan.

    4. Meletak kereta kurang  30 kaki daripada selekoh.

    5. Meletak kereta 30 kaki daripada tanda Perhentian Bas.

    6. Meletak kereta kurang 10 kaki dari pili bomba.

    7. Meletak kereta terlalu ketengah daripada tepi jalan.

    8. Meletak kereta di jalan sebelah yang salah.

    10. Tidak memasang lampu hadapan/belakang/patil nombor.

    11. Tidak menunjukkan lesen cukai jalan atau menggunakan kereta dengan tiidak membayar cukai.

    12. Tidak mendaftar kerana menyimpan, memiliki atau mempunyai kereta motor di dalam kampus.

    13. Semua kesalahan peruntukan Ordinan Lalulintas Jalan 1987 dan semua perundangan kecil yang dibuat dibawahnya.

    Sehubungan itu, Fakulti telah menerima laporan kesalahan lalulintas yang dilakukan oleh warga Fakulti Sains bagi bulan Ogos, September dan Oktober 2009 (surat Pengarah Keselamatan rujukan UPM/BK/UP-0033 bertarikh 12 November 2009 kepada Y.Bhg. Dekan dan disalinkan kepada Tuan Pendaftar dirujuk).

    Justeru, perhatian semua warga Fakulti sangat diharapkan bagi membendung kesalahan lalulintas UPM.

    Terima kasih.

    Noorizai Haji Mohamad Noor

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Leave a reply

    You must be logged in to post a comment.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...