iSAINS -Gemilang Menuju Puncak!
RSS icon Home icon
  • PENGUMUMAN PEPERIKSAAN BAYARAN INSENTIF TUGAS KEWANGAN (BITK)

    Posted on August 17th, 2010 najwa No comments

    Merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2009 dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2001 memaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah memberi kelulusan kepada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) untuk mengendalikan Peperiksaan Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK) kepada Pembantu Akauntan, Pembantu Tadbir Kewangan dan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) yang terdiri daripada calon-calon IPTA yang menjalankan tugas kewangan sepenuh masa.

    Sehubungan itu, panel Peperiksaan BITK, IPTA telah menetapkan tarikh peperiksaan BITK tahun ini pada 30 November 2010 (Selasa). Sukatan peperiksaan BITK boleh didapati di laman web pendaftar (http://reg.upm.edu.my) di bawah Peperiksaan Perkhidmatan.

    Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dilampirkan bersama dengan salinan senarai tugas yang terkini serta diperakui oleh Ketua PTJ dan dihantar ke Seksyen Penilaian Dalam Perkhidmatan, Tingkat 3, Pejabat Pendaftar II, Bangunan Pentadbiran selewat-lewatnya 2 September 2010 (Khamis). Sebarang pertanyaan boleh merujuk kepada Cik Ismahanis (2095).

    Berikut turut dilampirkan borang permohonan menduduki peperiksaan BITK.
    borang-permohonan-bitk

    Sekian, untuk makluman. Terima kasih.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Leave a reply

    You must be logged in to post a comment.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...