-
Sistem E-Claim Pejabat Bendahari
Posted on January 7th, 2011 No commentsAssalamualaikum wbt.
Y.Bhg. Prof./tuan/puan,
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas. Maklumat yang diperolehi daripada Buletin Putra bertarikh 5 Januari 2011 berhubung Sistem E-Claim adalah berkaitan.
Adalah dimaklumkan bahawa Sistem E-Claim akan digunakan secara live mulai 6 Januari 2011. Oleh itu semua tuntutan staf mesti dikemukakan melalui Sistem E-Claim dan tuan/puan dipohon untuk memastikan borang tuntutan dicetak dan dikemukakan bersama dengan dokumen sokongan yang lain kepada Seksyen Kewangan Fakulti Sains untuk proses bayaran.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi Pejabat Seksyen Kewangan Fakulti Sains (6769).
Sekiranya terdapat sebarang perubahan tarikh, Pejabat Bendahari akan membuat hebahan dan makluman melalui Buletin Putra.
Semoga dalam perhatian tuan/puan.
Sekian, terima kasih.
Leave a reply
You must be logged in to post a comment.






