DOKTOR FALSAFAH (PhD)
Syarat Kelayakan Kemasukan |
Ijazah Master secara penyelidikan dalam bidang berkaitan dengan bidang PhD yang dipohon; atau |
Ijazah Master secara kursus dalam bidang berkaitan dengan PNGK minimum 3.00; atau |
Ijazah Sarjana Muda dengan minimum PNGK 3.75 atau setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda kelas pertama |
Nota : i. Kursus Kaedah Penyelidikan adalah diwajibkan bagi semua pelajar siswazah.
ii. Kursus yang perlu diambil ditentukan oleh penasihat atau penyelia pelajar.
MASTER DENGAN TESIS (M.S)
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan dengan PNGK minimum 2.75; atau |
Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 2.50-2.74 hendaklah mempunyai minimum 3 tahun pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan atau lulus penilaian khas: atau |
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan dengan PNGK di bawah 2.50 hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan.
|
Nota : i. Kursus Kaedah Penyelidikan adalah diwajibkan bagi semua pelajar siswazah.
ii. Kursus yang perlu diambil ditentukan oleh penasihat atau penyelia pelajar.
MASTER SECARA KERJA KURSUS
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan dengan PNGK minimum 2.75; atau |
|
Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 2.50 - 2.74 hendaklah mempunyai minimum 3 tahun pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan atau lulus penilaian khas; atau |
|
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan dengan PNGK di bawah 2.50 hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan. |
Kemaskini:: 14/04/2020 [jivan]
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.
MALAYSIA
Maklum Balas :