Syarat Kemasukan | FAKULTI SAINS
» AKADEMIK » Siswazah » Syarat Kemasukan

Syarat Kemasukan

DOKTOR FALSAFAH (PhD)

Syarat Kelayakan Kemasukan

Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diterima oleh Senat UPM;

ATAU

Kelayakan lain yang setara dengan Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia;

ATAU

Ijazah Sarjana Muda yang memenuhi syarat berikut:

  1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan dengan kelayakan PNGK kelas pertama atau setara dengannya;
  2. Menjalani penilaian dalaman oleh Fakulti/Pusat Pengajian/Institut; DAN
  3. Memenuhi keperluan lain yang ditentukan oleh Fakulti/Pusat Pengajian/Institut.

Nota :

  1. Calon tanpa kelayakan dalam bidang berkaitan atau tidak mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan mesti menjalani kursus prasyarat yang ditentukan oleh Fakulti/Pusat Pengajian/Institut.

  2. Kursus Kaedah Penyelidikan adalah diwajibkan bagi semua pelajar siswazah.

  3. Kursus yang perlu diambil ditentukan oleh penasihat atau penyelia pelajar.

 




MASTER DENGAN TESIS (M.S)

 

Syarat Kelayakan Kemasukan

Calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda atau Bacelor dalam bidang yang berkaitan dengan nilai PNGK sekurang-kurangnya 2.750, atau setara dengannya, seperti mana diterima oleh Senat;

ATAU

Calon yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda atau Bacelor dalam bidang berkaitan dengan PNGK sekurang-kurangnya 2.500 sehingga PNGK 2.749, atau setara dengannya boleh diterima tertakluk kepada penilaian dalaman yang ketat oleh Fakulti/Pusat Pengajian/Institut;

ATAU

  • Calon yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda atau Bacelor dalam bidang berkaitan dengan PNGK sekurang-kurangnya 2.000 sehingga PNGK 2.499 boleh diterima tertakluk kepada:
  1. Minimum 5 tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan; DAN
  2. Penilaian dalaman yang ketat oleh Fakulti/Pusat Pengajian/Institut.

Nota :  

  1. Kursus Kaedah Penyelidikan adalah diwajibkan bagi semua pelajar siswazah.
  2. Kursus yang perlu diambil ditentukan oleh penasihat atau penyelia pelajar.







MASTER SECARA KERJA KURSUS

Syarat Kelayakan Kemasukan 

Calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda atau Bacelor dalam bidang yang berkaitan dengan nilai PNGK sekurang-kurangnya 2.750, atau setara dengannya, seperti mana diterima oleh Senat;

ATAU

Calon yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda atau Bacelor dalam bidang berkaitan dengan PNGK sekurang-kurangnya 2.500 sehingga PNGK 2.749, atau setara dengannya boleh diterima tertakluk kepada penilaian dalaman yang ketat oleh Fakulti/Pusat Pengajian/Institut;

ATAU

  • Calon yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda atau Bacelor dalam bidang berkaitan PNGK sekurang-kurangnya 2.000 sehingga PNGK 2.499, atau setara dengannya boleh diterima tertakluk kepada penilaian dalaman yang ketat oleh Fakulti/Pusat Pengajian/Institut.

 

Nota:

  1. Calon tanpa kelayakan dalam bidang berkaitan atau tidak mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan mesti menjalani kursus prasyarat yang ditentukan oleh Fakulti/Pusat Pengajian/Institut.




SYARAT KELAYAKAN BAHASA INGGERIS UNTUK PELAJAR ANTARABANGSA 
  

 

 

Kemaskini:: 21/02/2022

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXDdRAM~