Bengkel The 3rd Malaysian Metal-Organic Frameworks (MyMOF3) Anjuran Fakulti Sains Bersama Persatuan Sains Analisis Malaysia,Berkeley Global Science Institute,Royal Scientific Society (Jordan) & Materials Science Institute Of Madrid | FAKULTI SAINS
» BERITA » Bengkel The 3rd Malaysian Metal-Organic Frameworks (MyMOF3) anjuran Fakulti Sains bersama Persatuan Sains Analisis Malaysia,Berkeley Global Science Institute,Royal Scientific Society (Jordan) & Materials Science Institute of Madrid

Bengkel The 3rd Malaysian Metal-Organic Frameworks (MyMOF3) anjuran Fakulti Sains bersama Persatuan Sains Analisis Malaysia,Berkeley Global Science Institute,Royal Scientific Society (Jordan) & Materials Science Institute of Madrid

Oleh: Prof. Madya Dr. Bimo Ario Tejo

SERDANG - Bengkel The 3rd Malaysian Metal-Organic Frameworks (MyMOF3) sebahagian dari Monsoon School anjuran Foundry of Reticular Materials for Sustainability (FORMS) telah berlangsung dengan jayanya dari 14-17 November 2022. FORMS yang berpusat di Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2) dan Fakulti Sains telah diwujudkan untuk menerajui penyelidikan translasi MOF di Malaysia melalui rangkaian penyelidikan antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan University of California, Berkeley (UCB). Bengkel ini dijalankan di ION2 dan Fakulti Sains, UPM dengan peserta dari UM, USM, UTM dan UPM. Bengkel ini adalah kesinambungan daripada dua bengkel sebelum ini yang pertama kali diadakan pada tahun 2017 dan seterusnya pada 2018. Bengkel intensif sehari penuh dikendalikan oleh Encik Kyle E. Cordova (Royal Scientific Society, Jordan), Dr. Felipe Gandara (Materials Science Institute of Madrid) dan Dr. Muhammad Alif Mohammad Latif (UPM). Para peserta telah didedahkan kepada kimia retikular: sintesis, pencirian, dan aplikasinya secara khusus untuk rangka kerja logam-organik. Pengenalan kepada kimia pengkomputeran MOF juga diberikan untuk menyediakan lebih banyak cara dalam memahami kerja struktur MOF. Bengkel ini telah dinajurkan hasil kerjasama dengan Persatuan Sains Analisis Malaysia, Berkeley Global Science Institute, Royal Scientific Society, Jordan dan Materials Science Institute of Madrid.

 

Tarikh Input: 29/11/2022 | Kemaskini: 29/11/2022 | nashrin

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXETTAr~