DELEGASI BANGLADESH OIL, GAS & MINERAL RESOURCES CORPORATION (PETROBANGLA) LAWAT FAKULTI SAINS UPM | FAKULTI SAINS
» BERITA » DELEGASI BANGLADESH OIL, GAS & MINERAL RESOURCES CORPORATION (PETROBANGLA) LAWAT FAKULTI SAINS UPM

DELEGASI BANGLADESH OIL, GAS & MINERAL RESOURCES CORPORATION (PETROBANGLA) LAWAT FAKULTI SAINS UPM

Fakulti Sains sekali lagi menjadi destinasi pelawat antarabangsa yang melibatkan seramai 14 orang pegawai pengurusan dari Bangladesh Oil, Gas & Mineral Resources Corporation (Petrobangla) melakukan lawatan sambil belajar ke Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 25 Julai 2019.

Delegasi ini adalah dalam rangka lawatan sambil belajar ke Universiti Putra Malaysia (UPM) khususnya ke Jabatan Kimia Fakulti Sains yang menawarkan program pengajian Kimia Petroleum, program yang mempunyai hubung kait dalam bidang petroleum & gas. Perbincangan dua hala juga berkenaan peluang bagi pegawai-pegawai dari Petrobangla untuk melanjutkan pengajian dalam ijazah lanjutan bagi bidang yang berkaitan.

Dr. Md Rafiqul Islam yang mengetuai delegasi Bangladesh Oil, Gas & Mineral Resources Corporation (Petrobangla) dan rombongan telah diberikan taklimat mengenai Universiti Putra Malaysia, fakulti dan jabatan  oleh Prof. Dr. Zulkarnain Zainal, Ketua Jabatan Kimia. Hadir sama ialah Prof.Dr. Taufiq Yap Yun Hin dari PutraCAT UPM dan pegawai-pegawai akademik jabatan. Rombongan juga dibawa melihat sendiri kemudahan makmal penyelidikan dan peralatan yang terdapat di Fakulti Sains UPM.

 

BERITA DAN GAMBAR : SABRI OMAR

Tarikh Input: 31/07/2019 | Kemaskini: 31/07/2019 | nashrin

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXDdBAZ~