Fakulti Sains Terima Kemasukan 438 Pelajar Baharu Prasiswazah | FAKULTI SAINS
» BERITA » Fakulti Sains Terima Kemasukan 438 Pelajar Baharu Prasiswazah

Fakulti Sains Terima Kemasukan 438 Pelajar Baharu Prasiswazah

 

Fakulti Sains, UPM menerima kemasukan seramai 438 orang pelajar baharu bagi sesi pengajian prasiswazah semester 1 2019/2020 termasuk dua orang pelajar antarabangsa dari Negara China. Jumlah tersebut adalah dari keseluruhan 3882 orang pelajar baharu Prasiswazah yang mendaftar sebagai pelajar baharu Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi sesi ini yang telah diadakan pada 31 Ogos dan 1 September 2019.

Bagi Fakulti Sains, jumlah 438 orang pelajar baharu ini akan mengikuti dua program pengajian akademik iaitu Bacelor Sains (Kepujian) - (BSK) dan Bacelor Sains Dengan Pendidikan (Kepujian)-(BSDP). Sembilan bidang pengajian Bacelor Sains (Kepujian) ditawarkan iaitu Biologi, Fizik, Sains Bahan, Sains Instrumentasi, Kimia, Kimia Perindustrian, Kimia Petroleum, Matematik dan Statistik. Sementara itu lima bidang pengajian Bacelor Sains Dengan Pendidikan (Kepujian) ditawarkan yang merangkumi bidang Biologi, Fizik, Kimia, Matematik dan Statistik.

Pecahan bilangan pelajar baharu yang mendaftar mengikut jabatan ialah 72 orang bagi Jabatan Biologi, 117 orang Jabatan Fizik, 112 orang Jabatan Kimia dan 136 orang bagi Jabatan Matematik. Jumlah pelajar baharu ini menjadikan keseluruhan mahasiswa/mahasiswi Fakulti Sains berjumlah 1515 orang bagi semester 1 2019/2020.

Majlis Hari Penerangan Fakulti dan Suaikenal bagi pelajar baharu bersama barisan pengurusan tertinggi dan pegawai akademik Fakulti telah diadakan pada 3 September 2019 di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Abdul Aziz Shah (PKKSAAS) UPM bersempena Minggu Perkasa Putra UPM 2019.

 Para mahasiswa/mahasiswi baharu ini akan memulakan sesi kuliah dan pengajian bermula 10 September 2019.

Tahniah dan selamat menjadi ‘Family Science’ kepada semua mahasiswa/mahasiswi baharu Fakulti Sains.

Berita/foto oleh Sabri Omar

Tarikh Input: 10/09/2019 | Kemaskini: 10/09/2019 | nashrin

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXEUDAD~