Majlis Penutupan Hari Matematik Antarabangsa (IDM2023) | FAKULTI SAINS
» BERITA » Majlis Penutupan Hari Matematik Antarabangsa (IDM2023)

Majlis Penutupan Hari Matematik Antarabangsa (IDM2023)

 

Serdang, UPM, 15 Mei 2023 – Jabatan Matematik dan Statistik, Fakulti Sains dengan jayanya telah menganjurkan Majlis Penutup IDM2023.

SBO_0848.JPG

Ini merupakan rentetan terakhir sambutan Hari Matematik Antarabangsa yang diadakan pada tahun ini. Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Timbalan Dekan Akademik, Prof. Madya Dr. Siti Hasana Sapar sebagai perasmi untuk majlis penutup.

Turut hadir ialah Timbalan Dekan Pembangunan dan Jaringan Industri Fakulti Sains iaitu Prof. Madya Dr. Muskhazli Mustafa, Ketua Jabatan Biologi iaitu Prof. Madya Dr. Nur Ain Izzati Mohd Zainudin dan Ketua Jabatan Kimia iaitu Prof. Madya ChM. Dr. Emilia Abd. Malek.

SBO_0839.JPG

Tempoh penganjuran program ini selama 3 bulan bermula 14 Mac 2023 dan berakhir pada 15 Mei 2023. Kesinambungan dari majlis perasmian pada bulan Mac lalu, aktiviti lain telah diteruskan atas kerjasama daripada Kelab Mahasiswa Matematik dan Statistik (KMMS) serta Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains (FaSSA) seperti pertandingan Gema Senandung dan Fashion Show Maths Stats.

Semoga lebih banyak program akan dianjurkan pada masa akan datang!

SBO_0866.JPG
 

 

 

 

Tarikh Input: 30/05/2023 | Kemaskini: 27/07/2023 | adrianaarissya

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXEZVAY~