BIODIVERSITI DAN PEMULIHARAAN SUMBER ASLI | FAKULTI SAINS
» BIODIVERSITI DAN PEMULIHARAAN SUMBER ASLI

BIODIVERSITI DAN PEMULIHARAAN SUMBER ASLI

Domain penyelidikan ini adalah berkaitan dengan sains biodiversiti asas dan gunaan. Ia meliputi isu-isu semasa mengenai konservasi biodiversiti, impak aktiviti manusia keatas biodiversiti, dan metodologi konservasi serta integrasi kepada pembangunan dan pemuliharaan sumber asli. Ia merangkumi bidang botani, zoologi, filogenesis, taksonomi tradisional dan molekul, genetik pemuliharaan, etnobotani, mikologi dan patologi tumbuhan termasuk kajian ke atas mikoriza dan endofit akar tumbuhan, aplikasi moden bagi pengetahuan tradisional, cerakinan biomekanisme bagi produk semulajadi daripada spesies endemik, pedobiologi, malakologi, parasitologi, iktiologi, entomologi dan pemuliharaan hutan dan hidupan liar. Tumpuan juga diberikan kepada kepentingan biodiversiti tumbuhan dan haiwan dalam ekonomi, perubatan dan ekopelancongan. Secara amnya, penyelidikan biodiversiti dan pemuliharaan adalah sangat luas dan mesra industri. Adalah penting kaedah penilaian ekonomi bagi pengurusan dan pemuliharaan biodiversiti ini mestilah selari dengan Polisi Kebangsaan Biodiversiti dan kehendak-kehendak sejagat antarabangsa.

Senarai Pakar

Prof. Dr. Rusea Go  | Google Scholar
Prof. Madya Dr. Faridah Qamaruz Zaman  | Google Scholar
Prof. Madya Dr. Muskhazli Mustafa   | Google Scholar
Prof. Madya Dr. Alvin Hee Kah Wei   | Google Scholar
Prof. Madya Dr. Nur Ain Izzati Mohd Zainuddin   | Google Scholar
Dr. Hishamuddin Omar  | Google Scholar
Dr. Nurul Izza Ab. Ghani | Google Scholar
Dr. Wan Mohd Syazwan Wan Solahudin |
Dr. Noor Azrizal Abdul Wahid |

Kemaskini:: 09/09/2022 []

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXDdQAB~