Master Fizik Bahan adalah program siswazah secara kerja kursus dengan 40 kredit termasuk 6 kredit disertasi (3 kredit untuk setiap semester). Objektif program ini adalah untuk menghasilkan graduan yang berpengetahuan dan mahir dalam fizik bahan. Program ini menawarkan peluang untuk pengajian lanjutan dan perkembangan kerjaya dalam bidang berkaitan. Pilihan kerjaya untuk graduan program ini adalah luas merangkumi sektor kerajaan dan swasta berkaitan dengan fizik bahan. Pengajaran dan pembelajaran adalah berdasarkan pendekatan konvensional dan moden meliputi kuliah, tutorial, kerja amali, projek dan tugasan, kajian kes, seminar, ulasan kritikal dan disertasi. Pelajar boleh menamatkan pengajian program ini dengan tempoh minimum 2 semester dan maksimum 6 semester. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan pada hujung minggu atau petang hari minggu untuk kemudahan bagi mereka yang mempunyai komitmen kerja.
Penilaian Kursus
Penilaian adalah berdasarkan penilaian berterusan melalui projek, tugasan, kerja amali, laporan, pembentangan, ujian dan peperiksaan. Penilaian disertasi dilaksanakan pada hujung semester kedua.
Syarat Kemasukan
Pelajar Tempatan:
Calon yang memiliki ijazah Sarjana Muda atau Bacelor dalam bidang Fizik atau Sains Bahan dan bidang lain yang berkaitan dengan nilai PNGK sekurang-kurangnya 2.750, atau setara dengannya, seperti mana diterima oleh Senat;
ATAU
ATAU
Pelajar Antarabangsa:
Tawaran Istimewa
(a) Kategori Diskaun A
Penawaran diskaun sebanyak 30% daripada yuran kredit bagi Program Master Fizik Bahan di Jabatan Fizik bagi pelajar yang terdiri daripada salah satu golongan berikut:-
(i) Alumni,
(ii) Anak Alumni,
(iii) Pasangan Alumni,
(iv) Anak Staf UPM (staf tetap),
(v) Pasangan Staf UPM (staf tetap),
(vi) Pesara UPM
(vii) Pasangan pesara UPM
(viii) Anak pesara UPM
(ix) Pendidik di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia tanpa tajaan,
(x) Pendidik di bawah Majlis Amanah Rakyat tanpa tajaan; dan
(xi) Penjawat Awam tanpa tajaan
(b) Kategori Diskaun B
(i) Penawaran diskaun sebanyak 10% daripada yuran kredit sekiranya terdapat mana-mana syarikat/organisasi yang mendaftarkan sekurang-kurangnya lima (5) orang staf bagi menyambung pengajian MSKK di Fakulti Sains (FS), Universiti Putra Malaysia (UPM);
(ii) bagi mana-mana individu yang layak menerima kedua dua diskaun di atas, mereka hanya boleh memilih salah satu diskaun sahaja; dan
(iii) penawaran diskaun yuran kredit ini akan disemak semula pada setiap dua (2) tahun.
Struktur Kurikulum
Bil. |
Kursus |
Kredit |
1 |
Kursus teras
(wajib)
|
28 |
2 |
Kursus elektif |
12 |
Jumlah |
40 |
Kursus Teras
Kursus Elektif
Skema Pengajian
Semester I (21 kredit) |
|
|
|
Semester II (19 Kredit) |
|
|
|
Semester I |
||
Kod Kursus |
Nama Kursus |
Kredit |
PHY5202 |
Fizik Bahan Termaju |
3(3+0) |
PHY5205 |
Nanosains dan Nanoteknologi |
3(3+0) |
PHY5402 |
Sifat Elektrik Dan Optik Bahan |
3(3+0) |
PHY5901 |
Kaedah Penyelidikan |
3(3+0) |
PHY5921 |
Teknik Pencirian Struktur, Komposisi dan Mekanikal Bahan |
3(2+1) |
PHY5989A |
Disertasi |
3(0+3) |
PHYxxxx |
Elektif 1 |
3(3+0) |
Jumlah Kredit |
21 |
Semester II |
||
Kod Kursus |
Nama Kursus |
Kredit |
PHY5405 |
Kemagnetan Dalam Bahan |
3(3+0) |
PHY5922 |
Teknik Pencirian Elektromagnetik dan Terma Bahan |
3(2+1) |
PHY5903 |
Seminar |
1(0+1) |
PHY5989B |
Disertasi |
3(0+3) |
PHYxxxx |
Elektif 2 |
3(3+0) |
PHYxxxx |
Elektif 3 |
3(3+0) |
PHYxxxx |
Elektif 4 |
3(3+0) |
Jumlah Kredit |
19 |
Yuran Pengajian
Pelajar Tempatan (RM- Ringgit Malaysia) | |
Semester I | RM9,545 |
Semester II | RM8,505 |
Jumlah | RM18,050 |
Pelajar Antarabangsa (RM – Malaysia Ringgit) | |
Semester I | RM12,800 |
Semester II | RM11,550 |
Jumlah | RM24,350 |
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Kemaskini:: 01/02/2023 [kashfi.shabdin]
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.
MALAYSIA
Maklum Balas :